Siakap Keli
Resort Atas Air
Sumber: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia via Facebook

Resort Atas Air, The Buwan Dive Resort Di Semporna Dilapor Terbakar

Resort Atas Air, The Buwan Dive Resort Di Semporna Dilapor Terbakar

Sebuah pusat peranginan atas air, The Buwan Dive Resort, di Semporna, Sabah dilapor musnah kira-kira 95 peratus dalam kejadian kebakaran yang berlaku hari ini.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), JBPM Negeri Sabah menerima panggilan kebakaran membabitkan resort berkenaan melalui talian MERS999, kira-kira jam 12.26 tengah hari tadi.

Susulan itu, seramai 14 Anggota Bomba daripada BBP Semporna dan BBP Air Semporna telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama dengan satu unit jentera FRT, sebuah EMRS dan satu unit Kevlar.

Operasi berkenaan turut dibantu oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Komander Operasi, PBK II Norhaini Jumdani berkata, kebakaran melibatkan sebuah resort jenis tidak kekal berkeluasan 50’x60′ kaki terbakar sebanyak 95 peratus.

“Operasi pemadaman menggunakan 1 aliran 300 kaki 1 pancutan sumber air dari jentera dan 1 aliran 200 kaki 2 pancutan pam angkut serta sumber air terbuka (air laut).

“Tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, operasi dapat di kawal pada jam 1.25 tengah hari dan tamat sepenuhnya pada jam 3.19 petang.

BACA: Pekerja Pusat Servis Maut, Tayar Jentolak Sedang Diisi Angin Meletup

Sumber: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia via Facebook

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.