Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

JDT Dinobat “Raja Asia Tenggara”

JDT Asia Tenggara
Gambar: Bernama

JDT Dinobat “Raja Asia Tenggara”

Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dinobatkan sebagai kelab terbaik dalam pasukan di Asia Tenggara menerusi ranking yang dikongsikan oleh ASEAN Football.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Opta Analyst pada 11 Mei lalu, pasukan tersebut kekal memegang gelaran sebagai “King of Asean” dengan memanjat 13 anak tangga berbanding sebelum ini.

Harimau Selatan itu kini berada di tangga ke-320 dunia berbanding pesaingnya Buriram United (Thailand) di tangga kedua Asia Tenggara dan ke-572 dunia.

Manakala satu lagi pasukan dari Thailand, Bangkok United menduduki tangga ketiga kelab terbaik Asia Tenggara dan ke-718 di peringkat global.

Dalam senarai 20 kelab terbaik di rantau ini, tiga lagi pasukan dari Malaysia juga tersenarai, iaitu Selangor FC (ketujuh terbaik dan ke-1404 dunia), Terengganu FC (ke-10 terbaik dan ke-1864 dunia) dan Sabah FC (ke-16 terbaik dan ke-1969 dunia).

Gambar: ASEAN Football

Kejayaan treble skuad selatan tanah air itu dalam Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia pada musim lalu meletakkan pasukan itu semakin gah di puncak Asia Tenggara dan agak sukar dicabar oleh mana-mana pasukan lain di rantau itu.

Terbaharu, JDT berjaya mempertahankan gelarannya dengan merangkul trofi Piala Sumbangsih selepas Selangor FC menarik diri daripada perlawanan tersebut.

BACA: “The Cafe Class”, Guru Guna Elaun Pedalaman Hias Kelas Ala-Ala Kafe

Anak-anak buah Esteban Solari itu kini berada dalam landasan untuk mempertahankan kejuaraan Liga Super yang telah memulakan saingannya pada 10 Mei lalu.

JDT Antara 20 Pasukan Terbaik Di Asia

Pada 9 Ogos tahun lalu, JDT berada dalam kelompok antara 20 kelab bola sepak terbaik di benua Asia, memetik Opta Analyst.

Difahamkan, JDT berjaya mengutip sebanyak 73.7 mata untuk beralih ke posisi lebih baik berbanding kedudukan terdahulu iaitu ke-447 di dunia, ke-31 di Asia dan kedua di Asia Tenggara.

Untuk makluman, laman sesawang analisis bola sepak terbabit telah menyenaraikan ranking untuk hampir 13,500 kelab bola sepak seluruh dunia.

Setakat ini, tiada pasukan daripada Malaysia selain JDT yang tersenarai pada kedudukan 1,000 teratas semasa dikemaskini pada Ogos 2023.

BACA JUGA: “Trick” Unik, Cara Gadis Ni Lari Dalam Guni Tarik Perhatian

Sumber: ASEAN Football