Siakap Keli
tular kereta dicuri di stesen minyak
Gambar: Video tular di media sosial

Tular Kereta Dicuri Di Stesen Minyak, Polis Giat Kesan Suspek

Tular Kereta Dicuri Di Stesen Minyak, Polis Giat Kesan Suspek

Polis masih lagi sedang mengesan suspek yang mencuri kenderaan di sebuah stesen minyak dalam daerah Kuantan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata sehingga kenyataan ini dikeluarkan pihak polis belum membuat sebarang tangkapan dan rampasan seperti mana yang ditularkan di dalam media sosial.

“Pihak polis khususnya dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuantan giat mengesan suspek” katanya.

BACA: KPDN Sasar Bentang Usul Atau Pindaan Berkaitan Lemon Law Pada Mac 2025

Menurutnya, kejadian yang berlaku pada 3 Mei, jam 3.00 petang itu menyaksikan mangsa bersama ibu bapanya berada di premis berkenaan untuk menggunakan tandas.

“Ibu mangsa yang selesai pergi ke tandas telah masuk semula ke dalam kenderaan dan mangsa telah turun menuju ke tandas dengan meninggalkan kenderaan dalam keadaan enjin hidup kerana ibu mangsa masih berada dalam kenderaan tersebut.

“Mangsa telah mendengar jeritan daripada ibu dan mendapati kenderaan mangsa telah dilarikan bersama ibunya yang berada di dalam kenderaan tersebut.

“Ibu mangsa telah ditinggalkan di tepi jalan dengan jarak 400 meter dari tempat kejadian serta tidak mengalami sebarang kecederaan,” jelasnya lagi.

Tambahnya lagi, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, sekiranya ada individu atau saksi yang melihat atau mempunyai maklumat boleh tampil ke mana-mana balai polis berdekatan untuk menyalurkan maklumat dan membantu siasatan.

Pihak polis juga menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan kejadian terbabit di media sosial yang boleh menganggu siasatan.

Terdahulu, tular video kejadian terbabit yang menyaksikan detik cemas dihadapi ibu mangsa apabila turut dibawa bersama di dalam kereta itu.

Ia mendapat pelbagai reaksi dari pengguna media sosial.

Sumber: Polis Kuantan

BACA: Capai Tahap Membimbangkan, 11 Juta Rakyat Malaysia Berat Badan Berlebihan

BACA JUGA: Pokok Tumbang Hempap Kereta: Lima Termasuk Dua Kanak-Kanak Selamat

BACA JUGA: Ada Lebih 270 Juta, MrBeast Dinobat Youtuber Dengan “Subscriber” Paling Ramai Di Dunia

Sofea

There's always another side to every story