Siakap Keli
kanak-kanak tiga tahun dikelar bapa
Gambar: Sinar Harian

Kanak-kanak Tiga Tahun Maut Dikelar Bapa Ketika Tidur

Kanak-kanak Tiga Tahun Maut Dikelar Bapa Ketika Tidur

SERANG  —  Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut dikelar bapa kandung sendiri sewaktu sedang nyenyak tidur dalam satu kejadian di sebuah rumah yang terletak di kota Serang, Baten, Indonesia hari ini, lapor Kompas.com.

Ketua Polis Daerah Ciomas, Inspektor Fridy Romadhan Panca Rizky mengesahkan perkara itu dan berkata mangsa dipercayai meninggal dunia di dalam bilik tidur awal pagi.

Ketika kejadian, mangsa sedang nyenyak tidur di dalam bilik bersama pelaku dan ibunya.

“Tiba-tiba pelaku (bapa kandung) menetak leher mangsa yang masih tidur,” katanya.

Ibu mangsa menyedari kejadian selepas terdapat darah yang memercik ke atasnya ketika tidur sebelum melihat mangsa telah berlumuran darah.

BACA: Kanak-Kanak Tiga Tahun Maut Terkena Minyak Panas Makanan Goreng

Dia kemudiannya terus membawa mangsa ke Pusat Kesihatan Ciomas untuk mendapatkan rawatan namun mangsa disahkan telah meninggal dunia.

“Ibu mangsa tersedar kerana berlumuran darah. Tidak ada (bergaduh), tiba-tiba (membunuh).

“Mangsa dibawa ke Pusat Kesihatan Komuniti sekitar jam 4 pagi, namun dia sudah pun meninggal dunia,” ujarnya.

Selepas kejadian, pelaku melarikan diri tetapi polis telah menangkapnya di kawasan Daerah Gunungsari iaitu kira-kira lapan kilometer dari rumah pelaku sekitar jam 9 pagi Selasa.

“Motif kejadian masih lagi dalam siasatan pihak polis dan mayat mangsa telah dihantar untuk proses bedah siasat di Rumah Sakit Bhayangkara Banten,” katanya.

Sementara itu, ahli keluarga mangsa menyifatkan pelaku seorang yang menyayangi keluarganya.

Sebelum kejadian, mereka sekeluarga telah berkumpul bersama untuk menyambut Hari Raya Aidiladha.

“Tiada masalah (dengan anak), malah sayang sangat dekat anak itu.

“Kalau anak menangis, diangkat, diajak bermain, tidak ada yang memukul anak atau sebagainya,” kata ahli keluarga mangsa.

Dia turut memaklumkan penduduk di kawasan itu juga sempat mengejar pelaku setelah mengetahui perkara itu.

Sumber: Kompas.com

BACA JUGA: Kanak-Kanak Lima Tahun Maut Didera, Suami Isteri Ditahan

BACA JUGA: Kanak-Kanak Lelaki Berpakaian Askar Raih Perhatian Sultan, Permaisuri Pahang

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?