Siakap Keli
lembu korban sodok remaja
Gambar: TikTok @brrloser

Tular Video Lembu Korban Terlepas Lari, Sempat ‘Sodok’ Remaja Perempuan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tular Video Lembu Korban Terlepas Lari, Sempat “Sodok” Remaja Perempuan

Kemeriahan sambutan hari raya Aidiladha oleh penduduk kampung bertukar menjadi detik cemas apabila seekor lembu yang hendak dikorbankan dipercayai terlepas dan meronta.

Menerusi video tular yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @brrloser, ia memaparkan seekor lembu mengejar orang ramai menyebabkan warga setempat bertempiaran lari.

Bagaimanapun, nasib malang menimpa seorang remaja perempuan yang tidak sempat melarikan diri apabila dia ‘disodok’ oleh lembu berkenaan.

Gambar: TikTok @brrloser

Akibat kejadian, dia terpelanting ke hadapan sebelum diselamatkan oleh seorang lelaki. Manakala haiwan berkenaan terus melarikan diri.

Klip berdurasi 28 saat itu turut memaparkan orang ramai cuba menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa lembu itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut bersimpati dengan kejadian yang menimpa remaja perempuan itu termasuk bertanyakan keadaannya.

BACA: Manten Sapi: Tradisi Unik Sambutan Aidiladha Di Indonesia

Bagaimanapun, pemilik video telah memaklumkan di ruangan komen, bahawa remaja perempuan itu telah dibawa ke klinik.

Sesetengah mereka ada juga yang turut memberikan pujian terhadap tindakan pantas lelaki di dalam video berkenaan yang membantu mangsa.

Berikut antara komen netizen;

“Kesiannya budak perempuan tu,” komen seorang pengguna.

“Sakitnya. Kesian kakak tu,” tulis seorang lagi pengguna.

Respect dekat abang tu cepat ja pergi selamatkan adik tu,” puji seorang pengguna lain.

BACA JUGA: Tak Perlu Letak Garpu, Wanita Kongsi Cara Rebus Daging Korban Empuk

“Ya Allah. Adik tu macam mana? Ok tak dia?” tanya seorang pengguna platform tersebut.

“Kawan saya pernah kena tanduk macam ni, bahaya tahu. Kawan saya koma dulu. Alhamdulillah dia dah sihat tapi trauma,” kongsi seorang pengguna.

Untuk pengetahuan, video ini telah mendapat lebih 500,000 tontonan, dengan lebih 21,000 tanda suka dan pelbagai komen.

@brrloser

fyp eiduladha

♬ Dj Komang Perayaan Mati Rasa – DjKomangRimex

Sebelum ini, tular dua ekor lembu mencuri perhatian warga maya apabila berlari di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), sehari sebelum umat Islam menyambut ibadah korban.

Sumber: TikTok @brrloser

BACA JUGA: Hari Raya Aidiladha: Laluan Smart Lane Di 18 Lokasi Diaktifkan – PLUS

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?