Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ini 10 Lokasi Misteri Di Dunia Yang Tidak Dapat Dirungkaikan Oleh Pakar
Seiring arus pemodenan, pelbagai rahsia, fakta dan kejadian alam dibongkar satu per satu menerusi kajian-kajian saintifik yang dilakukan.
Contohnya seperti penemuan artifak di kawasan galian dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, masih terdapat kejadian yang masih menjadi misteri dan belum terungkai sepenuhnya hingga ke hari ini.
Sehubungan itu, SK hari ini akan menyenaraikan lokasi yang menjadi misteri hingga ke hari ini di bawah.
Stonehenge, United Kingdom

Menurut National Geographic kids, Stonehenge adalah lingkaran batu berdiri yang besar di dataran Salisbury England di Wiltshire.
Difahamkan, ia telah dibina sekitar 5,000 tahun lalu pada zaman Neolitik (empat peringkat pembinaan), dan menjadi salah satu monumen prasejarah yang paling terkenal di dunia.
Ahli arkeologi percaya perubahan akhir dibuat sekitar 1,500BC, pada awal zaman gangsa.
Menjadi persoalan sehingga kini bagaimana batuan ini diletakkan pada kedudukan itu ketika itu dengan berat batuan paling ringan adalah kira-kira 3,600 kilogram (kg) bersamaan dua kereta kebal.
Manakala batu paling berat mencapai 22 tan bersamaan empat ekor gajah Afrika.
Segi Tiga Bermuda

Kenapa setiap misteri kehilangan kapal terbang seringkali dikaitkan dengan Segitiga Bermuda? Bahkan ia kadangkala menimbulkan pelbgai tanda-tanya dan persoalan.
Menurut Britannica, Segitiga Bermuda atau Bermuda Triangle terletak di sebahagian daripada Lautan Atlantik Utara, di mana lokasi tepatnya adalah di luar pantai Amerika Utara. Kawasan ini juga bersempadan dengan titik Bermuda, Florida dan Puerto Rico.
Kebiasaannya, pesawat atau kapal yang hilang dikawasan ini dikaitkan dengan pelbagai teori seperti bandar bawah laut (Atlantis) mahkluk asing dan cuaca yang ekstrem.
Dalam satu abad terakhir, kawasan ini dipercayai telah meragut lebih dari 1,000 nyawa menjadikan ia penuh dengan misteri dan mitos.
Pulau Socotra, Yaman

Seperti berada di sebuah planet asing, inilah Pulau Socotra yang terletak di Lautan Hindi barat laut berhampiran Teluk Aden, Yemen. Ia merupakan salah satu tapak Warisan Dunia (UNESCO).
Menurut UNESCO, kebanyakan flora dan fauna yang hidup di situ tiada di luar kawasan lain selain daripada pulau itu.
Sebanyak 37 peratus tumbuhan, 90 peratus spesies reptilia dan 95 peratus spesies siput tanahnya tidak terdapat di tempat lain di dunia hanya ada di Pulau Socotra.
Oleh itu, pulau ini sangat penting dalam pemuliharaan biodiversitinya yang kaya.
Pulau Patung, Mexico

Pernah tak dengar tentang sebuah pulau yang dipenuhi dengan anak patung? Lokasi ini terletak di sebuah pulau kecil berdekatan tasik Teshuilo, tasik terbesar dalam wilayah itu.
Menurut Discovery, kisah misteri bermula apabila seorang lelaki menemui mayat kanak-kanak yang hanyut di tasik itu, dipercayai mati akibat lemas.
Beberapa hari selepas itu, muncul pula sebuah anak patung yang turut sama hanyut di terusan tidak jauh dari tasik tersebut.
Sejak dari itu dia menghiasi pulau berkenaan dengan anak patung yang dijumpai.
Tasik Abraham, Albert, Kanada

Menurut World Atlas, Tasik Abraham yang terletak di barat Alberta, Kanada ini merupakan sebuah tasik buatan.
Keluasan permukaan tasik ini dianggarkan sekitar 54 kilometer persegi dan panjang mencapai 32 kilometer.
Apa yang menarik mengenai tasik ini? Sewaktu musim sejuk tasik ini membentuk gelembung buih yang terperangkap di bawah permukaan ais ketika tasik membeku.
Ia dipercayai berlaku daripada pelepasan gas metana oleh tumbuhan mati di dasar tasik.
Fenomena yang menakjubkan ini telah menjadikan Tasik Abraham sebagai destinasi popular ketika musim sejuk.
Gunung Berapi Dallol, Ethiopia

Gunung berapi Dallol di Danakil, Ethopia merupakan semua kawasan yang terletak kira-kira 410 kaki di bawah paras laut dan antara kawasan terendah di bumi.
Difahamkan di kawasan ini tiada sesiapa atau hidupan mikroorganisma yang mampu hidup dan mendiami kawasan tersebut meskipun bentuk geografinya dihiasi dengan warna hijau serta keperangan.
Menurut CNN, di sebalik permukaan warna-warni ini tersembunyi magma panas di bawah kawasan tersebut membuatkan air sekitarnya panas hingga melarut garam, potash, serta mineral laut lain di sekitarnya.
Aneh bukan?
Door To Hell, Turkmenistan

Pintu ke Neraka atau Door to Hell, itulah gelaran yang diberikan kepada satu kawah api yang dikatakan belum padam lebih 50 tahun yang lalu.
Menurut BBC Travel, lokasi ini terletak di Kawah Gas Darvaza, Turkemenistan.
Difahamkan, kejadian ini berlaku pada 1971, ketika pencarian sumber gas. Bagaimanapun, berlaku runtuhan tanah sehingga membentuk lubang itu.
Kebakaran berlaku apabila seorang ahli geologi didakwa telah menyalakan salah satu lubang tersebut. Mengejutkan ia kekal terbakar sehingga kini.
Fairy Circle, Namibia

Di salah satu padang pasir di Afrika Selatan, Namibia, terdapat satu misteri yang telah menghuni kawasan itu sejak lebih 50 tahun.
Pada permukaan tanah gersang seluas 1,100 batu persegi ini muncul tompok-tompok bulat di merata-rata tempat.
Menurut laporan CNN, fenomena ini dikenali sebagai Fairy Circle. misteri fenomana ini bertiup kencang dengan pelbagai teori termasuk dengan serangan mahkluk perosok, anak-anai.
Bagaimanapun, kajian oleh penyelidik pada tahun 2016 mendapati ia tiada kaitan dengan anai-anai.
Eternal Flame Falls, New York, Amerika Syarikat

Tahukah anda, terdapat api yang tidak pernah terpadam selama ribuan tahun di kawasan air terjun? Di New York, Amerika Syarikat terdapat satu air terjun unik yang dinamakan sebagai Eternal Flame Falls.
Menariknya, air terjun setinggi lebih 10 meter ini mempunyai dalamannya yang kekal terbakar, api bernyala.
Menurut portal Discovery, para saintis percaya bahawa fenomena ini berlaku daripada gas naik daripada celahan batu.
Bagaimanapun, teori ini disangkal oleh penyelidik lain dan berpendapat terdapat faktor lain yang menyebabkan api itu kekal bernyala.
Sehingga kini, masih tiada fakta tepat mengenai pembentukan api di sebalik air terjun itu.
Zon Senyap Mapimí Mexico

Apa yang terdapat di kawasan gurun yang satu ini? Zon Senyap Mapimí atau La Zona del Silencio (dalam bahasa Sepanyol) merupakan sebuah padang pasir terkenal di Durango, Mexico.
Menurut HubPages, kawasan ini difahamkan menjadi kawasan isyarat radio dan apa-apa jenis komunikasi tidak boleh diterima atau terputus.
Tambahan lagi, kawasan padang pasir ini kaya dengan uranium dan magnetik yang tinggi
Terdapat banyak kejadian misteri yang direkodkan di sini yang termasuk sebuah peluru berpandu tersasar dan terhempas di kawasan itu dipercayai berkait dengan kekuatan magnet.
Sumber: National Geographic kids, Discovery, CNN, World Atlas