Siakap Keli
Hilang 13 Hari
Kredit: The Thaiger

13 Hari Hilang, Penolong Guru Besar Di Thailand Ditemui Tidak Bernyawa Dalam Kereta

13 Hari Hilang, Penolong Guru Besar Di Thailand Ditemui Tidak Bernyawa Dalam Kereta

Misteri kehilangan seorang penolong guru besar di Thailand selama 13 hari akhirnya terjawab apabila jasadnya ditemui sudah tidak bernyawa dalam sebuah kereta miliknya di Chiang Mai.

Menurut The Thaiger, mayat Ruchakorn Jaisanti, 43, ditemui oleh polis selepas dilaporkan hilang sejak 16 Jun lepas.

Mangsa yang dikenali sebagai Bank dan bertugas sebagai penolong guru besar di Sekolah San Pa Yang Nom itu turut menjadi pemangku guru besar di Pusat Asuhan Wat Chammathewi di Lamphun.

Difahamkan, Ruchakorn dilaporkan hilang bersama kereta Toyota Vios berwarna perak sekaligus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ahli keluarganya.

Penolong guru besar ditemui tidak bernyawa dalam kereta selepas 13 hari hilang

Menurut keluarganya, mangsa kali terakhir dilihat memakai seluar panjang berwarna hitam dan t-shir berwarna merah.

Selepas menerima laporan kehilangannya, pihak polis menggerakkan usaha mencari termasuk memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mengumpul bukti lain di sepanjang laluan yang disyaki dilalui mangsa.

BACA: “Merelit-merelap…”, Lampu Isyarat Ala ‘Kedai Tomyam’ Di Pulau Pinang Curi Tumpuan Ramai

Usaha itu membuahkan hasil apabila polis berjaya menjumpai sebuah kereta Toyota Vios berwarna perak dibawah sebuah jambatan di Ban Chiang Khang di Chiang Mai.

Polis kemudian turut menemui jasad seorang lelaki yang sudah tidak bernyawa dalam kenderaan tersebut.

Siasat daripada pelbagai sudut, termasuk unsur-unsur jenayah sekiranya ada

Isteri Ruchakorn seterusnya telah dipanggil ke lokasi penemuan dan mengesahkan jasad lelaki tersebut adalah suaminya.

Menurut portal The Thaiger, pihak polis kini sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kematian dan perkembangan lanjut akan diberikan dari semasa ke semasa.

Polis juga mengesahkan pihaknya melakukan siasatan daripada pelbagai sudut termasuk menyiasat sama ada kematian mangsa mempunyai unsur-unsur jenayah.

BACA: Hairan, Kenapa Banyak Bendera Ada Kombinasi Warna Merah, Putih & Biru? Ini Sebabnya

BACA: Dua Saintis Muda Wakili Malaysia Ke Mesyuarat Nobel Laureate Ke-73 Di Lindau, Jerman

BACA: 557,000 Wanita Di Gaza Kini Menghadapi Masalah Kekurangan Makanan- Wanita PBB

Sumber: The Thaiger

Athirah

When nothing goes right, go left.