Siakap Keli
anak aaron a-level
Gambar: Ig Aaron Aziz & Dwi Ariana

Anak Tamat Pengajian A-Level, Aaron Aziz Luah Rasa Syukur

Anak Tamat Pengajian A-Level, Aaron Aziz Luah Rasa Syukur

Pelakon popular, Dato’ Aaron Aziz dalam satu hantaran meluahkan rasa syukur kerana anak perempuannya, Dwi Ariana Aaron Mustapha menamatkan pengajian A-Level selama dua tahun di Kolej Tunku Ja’afar (KTJ).

Pelakon filem Sheriff: Narko Integriti itu menzahirkan ucapan tahniah buat anaknya dalam satu hantaran video di akaun Instagram rasmi miliknya.

Gambar: Ig Aaron Aziz

“TabarakAllah Alhamdulillah.  Satu lagi momen yang membanggakan dan penuh terharu untuk saya dan anak saya.

“Tidak lama lagi, mereka berdua akan menempuh perjalanan dan mencorakkan kehidupan masa depan mereka. Tahniah!” katanya.

Dalam video itu, memaparkan Dwi Ariana menerima skrol sewaktu Majis Konvokesyen KTJ dengan lengkap memakai jubah graduasi dan mortar.

BACA: “Saya Bukan Tarik Diri..,” Aaron Aziz Sahkan Tak Terlibat Dalam Filem Original Gangster

Aktor berusia 48 tahun itu turut menitipkan nasihat buat anak perempuannya untuk sentiasa menjaga perkara wajib termasuk maruah sebagai seorang muslimah ketika berada di luar sana.

Apatah lagi, anaknya itu berhasrat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Psikologi Forensik di Universiti Surrey, England.

Gambar: Ig Dwi Ariana

“Kakak @dwiarianaaaron.  Semoga Allah sentiasa melindungi kakak daripada segala bahaya sama ada yang dapat dilihat atau tidak dalam laluan kakak untuk bergelar Pakar Psikologi Forensik.

“Amin, jaga solat, jaga diri, jaga maruah, jaga adab dan budaya Kak dan jangan berhenti bercita-cita. Kak, sayang Kak sentiasa,” titip pelakon itu.

Untuk makluman, Aaron Aziz telah berkahwin dengan Datin Diyana Halik pada 2003. Pasangan itu telah dikurniakan tiga anak iaitu Danish Anaqi, 19, Dwi Ariana, 18, dan Dahlia Arissa, 14.

Terdahulu, filem  Sheriff: Narko Integriti yang dibintanginya berjaya meraih kutipan mencecah RM60 juta walaupun belum sampai sebulan ditayangkan.

Selain dirinya, filem aksi itu turut membariskan pelakon seperti Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Azira Shafinaz dan Elizabeth Tan.

Sumber: Instagram @aarondwiaziz

BACA JUGA: (Video) “Hanya Allah Tahu Apa Yang Saya Rasa,” Aaron Aziz Dedah Hidap Tumor Yang Makin Membesar

BACA JUGA: Ramai Yang Tak Tahu, Ini Kisah Tragis Di Sebalik Filem Vina: Sebelum Tujuh Hari

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.