“Hidayah Harus Dijemput, Aku Takut Mati,” – Isteri Baim Wong, Paula Verhoeven Ungkap Alasan Akhirnya Berhijab
Paula Verhoeven akhirnya mendedahkan alasan beliau memutuskan untuk berhijab tidak lama selepas pulang dari mengerjakan ibadah umrah sendiri.
“Hidayah harus dijemput,” kata Paula dalam sebuah video TikTok yang dikongsikan oleh @nabillasyalofficial.
@nabillasyalofficial Dari hati ke hati bersama @Paula Verhoeven #KisahPaulaVer memutuskan berhijab Semoga bisa menjadi inspirasi untuk banyak wanita Indonesia ❤️ #Nabillasyal #PaulaVerhoeven
♬ original sound – nabillasyalofficial – nabillasyalofficial
Namun, alasan utama wanita dengan dua cahaya mata itu mengenakan hijab adalah kerana takut akan kematian.
“Sebenarnya, alasan saya adalah kerana takut mati,” katanya.
Walaupun begitu, Paula mengakui bahawa dia sebenarnya sudah lama ingin mengenakan hijab sejak tahun 2019 selepas setahun berkahwin dengan Baim Wong.
“Saya sebenarnya sudah lama ingin mengenakan hijab sejak awal 2019,” katanya.
Paula percaya bahawa Allah mempunyai waktu yang tepat bagi dirinya untuk mengenakan hijab.
Walaupun begitu, model asal Semarang ini mengaku menyesal kerana tidak memulakan pembelajaran agama dan mengenakan hijab sejak dulu.
“Allah tahu waktu yang tepat untuk kita. Tetapi sebenarnya, saya menyesal kerana tidak mempelajari agama dan mengenakan hijab dari dulu,” jelas Paula.
Paula menjelaskan dirinya merasa lebih selesa mengenakan hijab sehingga akhirnya meminta izin dari suaminya untuk mengenakannya selalu.
“Saya mencuba mengenakan hijab setelah pulang (dari umrah), dan ternyata saya merasa nyaman.
“Setelah lebih dari 40 hari, saya meminta izin dari suami saya untuk mengenakan hijab,” kata Paula.
Beberapa warga maya turut terharu mendengar alasan Paula Verhoeven mengenakan hijab, bahkan mereka memuji Baim Wong yang tidak salah memilih pasangan hidup.
BACA: Hidangan Mudah Dan Cepat, Ini Resipi Udang Goreng Pedas Ala Thai
BACA: Sedap Cicah Dengan Teh Panas, Ini Cara Buat Biskut Kering “Homemade”
BACA: Macam Mana Shah Alam Terpilih Jadi Ibu Negeri Selangor? Ini Jawapannya
Sumber: Suara