Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Paris 2024: Jurulatih Tinju Samoa, Lionel Elika Fatupaito Meninggal Dunia

Jurulatih Tinju Samoa Meninggal
Gambar: IBA

Paris 2024: Jurulatih Tinju Samoa, Lionel Elika Fatupaito Meninggal Dunia

Jurulatih tinju Samoa, Lionel Elika Fatupaito, dilaporkan meninggal dunia pada usia 60 tahun selepas mengalami serangan jantung di perkampungan Sukan Olimpik Paris 2024 semalam, lapor AFP.

Menurut Persatuan Tinju Antarabangsa (IBA), berita mengejut pemergian Fatupaito pada hari pembukaan temasya sukan itu meninggalkan kesan yang mendalam bukan sahaja kepada pasukan negara itu, tetapi juga sukan dunia.

“IBA ingin mengucapkan takziah yang mendalam kepada keluarga dan rakan-rakan Lionel Elika Fatupaito, jurulatih tinju kebangsaan Samoa, yang telah meninggal dunia semasa Paris 2024.

Difahamkan, Fatupaito telah menerima rawatan kecemasan daripada pasukan perubatan sebelum disahkan meninggal dunia ‘secara semula jadi’.

“Dedikasi dan semangat Fatupaito terhadap sukan ini telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam komuniti tinju. Legasi beliau akan terus menginspirasi generasi akan datang.

“Fikiran dan doa kami bersama Pasukan Samoa dan semua yang terkesan dengan kehilangan besar ini,” tulis kenyataan IBA lagi.

BACA: Olimpik 2024: Aksi Argentina-Maghribi Dicemari Kekecohan

BACA: Paris 2024: Kanada Didenda FIFA, Intai Pasukan Lawan Guna Dron

BACA: Jangan Jawab Kalau Isteri Tanya ‘ Nak Makan Mana’, Bawa Je Pergi 5 Tempat Menarik Ni

Sumber: AFP via Barrons, IBA