Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Remaja Lelaki Hanyut Ketika Cuba Selamatkan Adik, Ditemukan Lemas

Hannah
remaja lelaki hanyut lemas
Gambar Hiasan

Remaja Lelaki Hanyut Ketika Cuba Selamatkan Adik, Ditemukan Lemas

ALOR SETAR, 28 Julai (Bernama) — Seorang remaja lelaki yang dihanyutkan arus ketika cuba menyelamatkan adik perempuannya, dalam kejadian di Pantai Cenang, Langkawi semalam telah ditemukan lemas.

Sambut hari jadi adik di Pulau Cenang, Langkawi, remaja lelaki hanyut ketika cuba selamatkan adik ditemui mati lemas.

Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata mayat Muhammad Izzham Hakimie Azizi, 15, ditemukan pada pukul 10 pagi berhampiran Kuala Cenang, kira-kira 150 meter dari lokasi kejadian.

“Mayat mangsa dibawa ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Cenang dan identitinya disahkan oleh ayah mangsa. Pengesahan kematian telah dilakukan pihak Unit Kecemasan Hospital Sultanah Maliha, Langkawi dan dibawa ke hospital untuk proses bedah siasat.

“Bedah siasat dijangka akan dilakukan pada pukul 2 petang…Operasi ditamatkan pada pukul 10.45 pagi,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, Bernama melaporkan mangsa datang ke Pantai Cenang bersama abang ipar, kakak dan adik perempuan serta lima lagi rakannya, untuk menyambut hari lahir adiknya sebelum turun ke pantai untuk mandi.

Mangsa dipercayai cuba menyelamatkan adik perempuannya yang berusia 14 tahun yang juga hampir lemas, bagaimanapun adik mangsa serta dua rakan lelaki mangsa berjaya diselamatkan oleh orang awam manakala mangsa hilang.

Sementara itu, Ketua Bomba Zon Langkawi, Penguasa Bomba Mohd Zamri Abd Ghani berkata operasi yang ditangguhkan pada pukul 7.30 malam semalam, telah disambung pada pukul 8.40 pagi tadi sebelum mayat mangsa ditemukan oleh pasukan bomba dan bot nelayan tempatan.

BACA: Remaja Lelaki Dikhuatiri Lemas Ketika Cuba Selamatkan Adik

BACA: Gara-gara Berdebat Teka-teki ‘Telur Atau Ayam Dahulu’, Lelaki Maut Ditikam Rakan Sendiri

BACA: Dua Maut Kemalangan Empat Kenderaan

Sumber: BERNAMA