Siakap Keli
Robert Downey avengers doomsday
Kredit: Marvel Studios via X

Robert Downey Jr. Buat “Comeback” Dalam Filem Avengers: Doomsday

Robert Downey Jr. Buat “Comeback” Dalam Filem Avengers: Doomsday

Pelakon terkenal Amerika Syarikat, Robert Downey Jr., akan kembali membuat penampilan dalam filem terbaru Marvel, “Avengers: Doomsday” (2026), lapor Entertainment.

Perkara itu disahkan oleh Marvel di Hall H Comic-Con menerusi pengarah filem, Joe Russo dan Anthony Russo, pada malam Sabtu yang lalu.

Menariknya, Downey yang terkenal dengan watak Iron Man atau Tony Stark, bakal diberikan peranan berbeza kali ini, dengan memegang watak ‘supervillain’ -, Dr. Doom dalam filem berkenaan.

Pemenang anugerah Oscar itu turut hadir dengan memakai jubah watak Dr. Doom dan menanggalkan topeng dari wajahnya sewaktu pengumuman filem berkenaan semalam.

“Topeng baharu, tugas yang sama. Apa yang saya nak katakan adalah, saya suka memegang watak yang mencabar,” ujarnya ketika berada di atas pentas.

https://www.facebook.com/watch/?mibextid=WC7FNe&v=1842614999578860&rdid=BPe4dvc8cpiYby6f

Golden Screen Cinema (GSC) turut memaklumkan penampilan semula pelakon berusia 59 tahun itu dalam satu hantaran media sosial mereka sebentar tadi.

“Terkini: Robert Downey Jr kembali dalam MCU sebagai Doktor Doom!,” tulis hantaran tersebut.

https://www.facebook.com/GSCinemas/posts/pfbid0gzFrAb3XAEcQ2CLaohpzADkroWLfSEyfryGVGZsn1hiLasoLbJVsysDCrDpZg78rl?rdid=LLXrXXslcdzfkunm

Dalam pada itu, selain kemunculan beliau dalam “Avengers: Doomsday” dijadualkan ditayangkan pada Mei 2026, Downey turut dikhabarkan bakal membintangi filem “Avengers: Secret Wars” yang akan ditayangkan pada 2027.

Sebelum ini, Robert Downey mengumumkan persaraannya bersama MCU selepas 10 tahun. Filem adiwira terakhirnya adalah “Avengers: Endgame”  sebagai Iron Man yang mendapat sambutan hangat pada tahun 2019.

BACA: “Avengers: Endgame” Filem Terpantas Catat Kutipan US$ 2 Bilion Dalam Tempoh 12 Hari

Sumber: Entertainment

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.