Terkini

Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
bnm denda maybank cimb
Gambar: BERNAMA

BNM Denda Maybank RM4.32 Juta, CIMB RM760,000 Berikutan Gangguan Perkhidmatan Berpanjangan

Azizah Najib

BNM Denda Maybank RM4.32 Juta, CIMB RM760,000 Berikutan Gangguan Perkhidmatan Berpanjangan

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) — Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan Penalti Monetari Pentadbiran (AMP) sebanyak RM4.32 juta ke atas Malayan Banking Bhd dan Maybank Islamic Bhd serta RM760,000 ke atas CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd susulan gangguan beberapa perkhidmatan perbankan yang berpanjangan.

Dalam penyata berasingan, bank pusat itu melaporkan bahawa Maybank membayar penalti penuh untuk AMP yang dikenakan pada 8 Ogos, manakala CIMB menjelaskan penaltinya pada 12 Ogos 2024.

“AMP itu dikenakan kerana ketidakpatuhan perenggan 48(1) (a) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan perenggan 58(1)(a) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA), bersama-sama dengan perenggan 10.32 Dokumen Dasar Pengurusan Risiko dalam Teknologi (RMiT),” kata BNM.

BACA: Remaja Menyamar Petugas Hospital Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Di bawah perenggan 10.32 Dokumen Dasar RMiT, institusi kewangan perlu memastikan sistem kritikal yang relevan direka bentuk dengan tahap ketersediaan yang tinggi.

Khususnya, masa terhenti tidak terancang yang mempengaruhi antara muka (interface) pengguna secara terkumpul hendaklah tidak melebihi empat jam dalam tempoh 12 bulan, dengan masa terhenti maksimum yang boleh diterima selama 120 minit bagi setiap kejadian, katanya.

Antara 1 Jun 2023 hingga 31 Mei 2024, aplikasi Regional Mobile Bank Platform (RMBP) dan MAE Maybank mengalami beberapa kali masa terhenti tidak dirancang yang menyebabkan gangguan berpanjangan terhadap beberapa antara muka perkhidmatan perbankan dengan pelanggan.

BACA: Maybank Di Kota Kinabalu Jadi Tarikan, “Spot” Bergambar Untuk Pelancong

BNM juga menyatakan bahawa pelanggan CIMB menghadapi gangguan perkhidmatan yang berpanjangan pada 8-9 April 2024, yang menjejaskan saluran e-perbankan, ATM, dan kedua-dua perkhidmatan kad debit dan kredit. Gangguan ini melebihi paras ambang yang ditetapkan oleh BNM.

Sebagai tindak balas, CIMB mengakui keputusan bank pusat itu dan menyatakan kekesalan terhadap masa henti yang tidak dirancang, yang memberi kesan kepada pelanggan dan rakan niaganya pada tarikh tersebut.

“Meskipun bank, bersama-sama pihak ketiganya, telah mengambil tindakan pemulihan yang sewajarnya bagi memastikan masa henti diminimumkan, insiden itu menjejaskan urus niaga perbankan pelanggan kami, dan kami mengakui bahawa kami perlu berusaha untuk melakukan yang lebih baik,” katanya.

BACA: Polis Bongkar Taktik Guna Dron Seludup Dadah Ke Dalam Penjara

CIMB juga mengesahkan komitmennya untuk melabur dalam teknologi, sistem dan proses untuk meningkatkan daya tahan dan memastikan infrastruktur kritikalnya dapat memenuhi keperluan pelanggan secara konsisten.

Sementara itu, Maybank mengulangi komitmennya untuk meningkatkan pengalaman dan komunikasi pelanggan sambil memastikan pematuhan kepada semua peraturan BNM yang berkaitan dengan masa operasi perkhidmatan.

“Langkah dalaman untuk mengukuhkan lagi dan memantau sistem kami disediakan untuk memastikan prestasi optimum.

“Kami amat menghargai sokongan berterusan, kesabaran dan pemahaman pelanggan kami,” kata Maybank dalam satu kenyataan.

Sumber: BERNAMA