Siakap Keli
jagung tanam sendiri
Gambar: Farah Aisyah Ahmad via Facebook

Wajib Cuba, Wanita Kongsi Petua Anti Gagal Tanam Jagung Sendiri

Wajib Cuba, Wanita Kongsi Petua Anti Gagal Tanam Jagung Sendiri

Resipi berasaskan jagung bukan perkara yang asing buat masyarkat Malaysia.

Jagung bukan sahaja enak dimakan begitu saja, malah sedap dihidangkan menjadi lepat, dimakan bersama kelapa parut, dimasak menjadi bubur bersama sagu, malah menambah rasa apabila dicampur dalam nasi goreng atau cucur.

Jagung antara tanaman yang boleh dituai dalam tempoh yang singkat, iaitu antara 68 hingga 72 hari sahaja.

Dengan setiap pokok yang boleh menghasilkan dua hingga tiga tongkol jagung, pastinya tanaman ini menjadi pilihan untuk ditanam secara komersil dengan ladang yang berekar-ekar saiznya.

Namun, buat yang tidak mempunyai tanah seluas alam, jangan bersedih. Sebenarnya, anda juga boleh menanam jagung di halaman rumah anda sendiri.

Itulah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Farah Aisyah Ahmad yang berkongsi petua menanam jagung sendiri.

Tanam jagung sendiri dengan cara yang mudah

Pertama sekali, anda perlu bina batas, yang muat di laman rumah anda. Tidak perlu berlebihan sehingga menjadikan rumah anda semak pula. Korek tanah sedalam dua sentimeter dengan jarak satu kaki antara satu sama lain.

Seterusnya, anda boleh letakkan dua biji benih jagung dalam setiap lubang. Kemudian, kambus semula lubang tersebut dengan tanah hitam.

jagung tanam sendiri
Gambar: Farah Aisyah Ahmad via Facebook

Menurut Farah, terdapat tiga perkara penting yang perlu anda ambil perhatian ketika menanam jagung.

Pertama sekal berkaitan dengan air.

Anda perlu menyiram pokok jagung pada setiap pagi dan petang. Bagi tanaman jagung, tidak cukup dengan hanya siraman seperti tanaman lain. Anda perlukan sebanyak 250 milimeter air setiap lubang.

BACA: Mudah Rupanya, Ini Resipi Ikan Bawal Kukus Ala “Chinese Style

Kedua, baja. Pastikan anda memulakan pembajaan pada hari kesepuluh dan sentiasa letakkan baja seminggu sekali secara tetap.

Bagi anda yang tidak tahu jenis baja yang diperlukan, AgriMag menyarankan penggunaan baja yang tinggi nitrogen, fosforus (phosphorus) dan kalium atau singkatannya, baja NPK.

Kandungan nitrogen yang tinggi diperlukan oleh pokok jagung di peringkat awal bagi pertumbuhan dan penghasilan biji.

“Nitrogen berperanan dalam membentuk protein, asid amino dan molekul biologi lain seperti asid nukleik,” kata Agrimag.

BACA: Kecur Air Liur, Ini Resipi Salad Timun Sedap & Senang Buat

Fosforus pula penting untuk pertumbuhan dan pembentukan sistem akar, bunga dan buah jagung. Selain daripada itu, kalium pula diperlukan bagi pertumbuhan dan tumbesaran jagung, selain meningkatkan ketahanan terhadap penyakit dan keadaan persekitaran luar.

Setelah itu, apabila jagung mengeluarkan bunga jantan, anda perlu menukar baja NPK tadi kepada baja buah.

Seterusnya, perkara terakhir yang perlu anda ambil perhatian ialah proses pendebungaan. Menurut Farah, dengan pendebungaan manual, isi jagung anda akan lebih penuh.

Farah turut kongsikan cara untuk melakukan pendebungaan secara manual.

BACA: Tak Perlu Racun, Ini Cara Halau Semut & Lipas Guna 4 Bahan Mudah

“Secara ringkasnya ketika bunga jantan mengeluarkan debu, petik setangkai bunga jantan dan golekkan pada bunga betina.

Menurutnya lagi, waktu yang paling sesuai untuk melakukan pendebungaan ini ialah ketika cuaca panas, antara jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang.

Lepas tahu petua ini, bolehlah anda cuba tanam sendiri jagung di rumah. Tanam sendiri, lebih puas hati.

https://www.facebook.com/groups/2172219632821646/permalink/4311389905571264/

Sumber: Farah Aisyah Ahmad via Facebook, AgriMag, MyAgri

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.