Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Gambar: Bernama

Ramai Tak Tahu, Ini Kepentingan Teknologi Nuklear Dalam Menjamin Keselamatan Makanan

Azizah Najib

Ramai Tak Tahu, Ini Kepentingan Teknologi Nuklear Dalam Menjamin Keselamatan Makanan

Kebiasaan kita dengar, teknologi nuklear digunakan dalam pembuatan senjata seperti di Amerika Syarikat, Rusia, Perancis, China, United Kingdom, Pakistan, India, Israel dan Korea Utara.

Namun, teknologi nuklear sebenarnya tidak sebahaya yang kita sangkakan. Bukan semua ahli penyelidik teknologi nuklear gilakan letupan seperti yang kita tonton dalam filem Oppenheimer. Jangan tak tahu, di Malaysia, kita juga ada pusat penyelidikan teknologi nuklear yang dikenali sebagai Agensi Nuklear Malaysia.

Adakah ini bermaksud, Malaysia juga cuba hasilkan senjata nuklear untuk bersaing dengan negara-negara tadi? Adakah teknologi nuklear kita juga akan tertumpu kepada letupan dan kemusnahan?

Jawapannya tidak, teknologi nuklear sebenarnya banyak manfaat kepada manusia, khususnya dalam aspek keselamatan makanan.

Keselamatan makanan begitu penting bukan sahaja dalam Malaysia, bahkan di seluruh dunia. Hal ini sehingga menyebabkan 7 Jun dipilih sebagai tarikh Hari Keselamatan Makanan Sedunia.

BACA: Direalisasikan Dengan Kerjasama Jiran, Garden 8 Makin Berkembang

Amat penting bagi sesebuah negara memastikan sumber makanan dan minuman rakyat terjamin. Ketua Pengarah Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO), Qu Dongyu menekankan kepentingan menjaga keselamatan makanan dari awal iaitu bermula dari tanah, air, pertanian dan seterusnya amalan selepas menuai. Hal ini berikutan keselamatan makanan dan bekalan makanan menjadi asas transformasi sistem agromakanan.

FAO mula mengadakan kerjasama dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) untuk menggunakan teknologi nuklear bagi membantu semua negara anggota PBB dapat mencapai sasaran pengeluaran, pemakanan, persekitaran dan kehidupan yang lebih baik. Bagi menjamin perkara tersebut, proses penyeliaan bukan hanya bermula ketika makanan sudah dibungkus dan sedia untuk kegunaan pengguna. Ia sebenarnya bermula dari awal rantai makanan kita.

Di sinilah teknologi nuklear memainkan peranan penting di Malaysia.

Bagaimana teknologi nuklear dapat jamin keselamatan makanan kita?

Sebelum kita pergi lebih mendalam, penting untuk anda tahu, penggunaan teknik analitikal nuklear untuk penentuan tahap radioaktif di dalam air minuman dalam pasaran Malaysia adalah satu keperluan di bawah Akta Makanan 1983.

Selain itu, penyinaran makanan bagi tujuan pengawetan yang turut menggunakan teknologi nuklear. Makanan berupa produk rempah dan herba yang dieksport telah melalui proses pengawetan penyinaran makanan ini iaitu sejak tahun 1997 lagi.

Gambar: Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA)

BACA: Leka Kupas Kubis, Cara Unik Bapa Elak Anak Meragam Curi Tumpuan Ramai

Di sini jelas menunjukkan apa sahaja penyelidikan yang dilakukan berkenaan teknologi nuklear dalam menjamin keselamatan makanan dibincang secara menyeluruh dan melibatkan pakar bidang yang terlibat untuk tidak membahayakan pengguna.

Jika itu merupakan kegunaan bagi makanan yang dieksport ke luar, apakah kegunaan teknologi nuklear ini bagi rakyat tempatan?

Teknologi nuklear digunakan pada hidupan marin dan makanan di Malaysia

Antara kegunaan lain teknologi nuklear ini ialah penyelidikan radioaktif hidupan marin. Agensi Nuklear Malaysia berkongsi bahawa teknik pengesanan kandungan radioaktif dapat memastikan sumber makanan laut tidak tercemar oleh bahan radioaktif dan selamat dimakan. Kajian ini dilakukan dengan menilai tahap pencemaran yang berlaku sama ada secara semula jadi ataupun akibat aktiviti manusia.

Selain daripada itu, melihat kepada pertanian pula, teknologi analisis nuklear iaitu analisis pengaktifan neutron (APN) digunakan bagi menentukan kandungan unsur surih dan logam berat di dalam makanan. Pencemaran logam berat yang bersifat toksik berkemungkinan meningkat dalam tanaman ketika berlaku hujan lebat, banjir atau kemarau.

Untuk pengetahuan anda, teknik ini telah digunakan bagi mengetahui kewujudan merkuri di dalam makanan laut seperti ikan, udang dan kerang. Selain itu, kandungan arsenik, kromium dan zink dalam beras juga boleh diketahui melalui teknik yang sama.

BACA: JPJ Laksana Penggantian Kamera AwAS Selari Perubahan Teknologi

Seterusnya, teknik APN terbukti berupaya membangunkan pangkalan data kandungan unsur dengan gabungan kandungan isotop stabil bagi menentukan pengesahan kebolehkesanan asal geografi produk premium tempatan seperti sarang burung walit dan madu kelulut.

Bercakap tentang beras, tahukah anda? Ada sejenis padi tempatan kita telahpun terhasil melalui penggunaan teknologi nuklear. Kaedah mutasi aruhan digunakan bagi menghasilkan biji benih baru dan kaedah ini terbukti selamat.

kepentingan teknologi nuklear semai padi
Gambar: Bernama

BACA: Dihasilkan Melalui Teknologi Nuklear, Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Padi NMR 152

Sebenarnya, terdapat banyak lagi kegunaan dan kebaikan teknologi nuklear bagi memastikan keselamatan dan keterjaminan sumber makanan kita. Mungkin selepas ini, kita akan dengar penghasilan sayur dan buah yang tahan berpuluh tahun atau tiada lagi sumber makanan yang tercemar untuk kita nikmati.

Sumber: Agensi Nuklear Malaysia, Union of Concerned Scientists USA, Food and Agriculture Organization of the United Nations (1) (2), International Atomic Energy Agency (1) (2)