Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
dbkk bersihkan bangunan maybank
Gambar: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

DBKK Bersihkan Bangunan Maybank Yang Jadi Tumpuan Di Jalan Pantai

Azizah Najib

DBKK Bersihkan Bangunan Maybank Yang Jadi Tumpuan Di Jalan Pantai

Kota Kinabalu – Baru-baru ini tular mengenai cawangan Maybank Kota Kinabalu (KK) di Jalan Pantai yang menjadi tumpuan pelancong dari luar negara tanpa diduga.

Bangunan yang terletak berdekatan Gaya Street itu menjadi lokasi popular untuk pelancong bergambar.

Semalam, pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan tumbuhan liar di bangunan sekitar kawasan terbabit. Kerja-kerja pembersihan ini turut melibatkan sekitar bandar raya yang telah bermula semenjak 12 Julai lalu.

Menurut perkongsian yang dimuat naik di laman Facebook DBKK, operasi pembersihan itu merupakan anjuran DBKK bersama para penjaja pasar malam Api-Api Night Food Market. Tindakan ini sebagai satu usaha memelihara dan melestarikan imej Kota Kinabalu sebagai bandar raya hijau dan berdaya huni.

Gambar: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

BACA: Maybank Di Kota Kinabalu Jadi Tarikan, “Spot” Bergambar Untuk Pelancong

“Bertindak menerusi Jabatan Landskap, antara inisiatif yang telah diambil termasuk kerja-kerja membuka tumbuhan liar yang tumbuh menjalar pada bangunan di Gaya Street dan menyelenggara pokok rimbun di ruang legar Sinsuran,” katanya.

Kerja pembersihan ini turut melibatkan persekitaran cawangan Maybank KK di Jalan Pantai semalam.

BACA: Pelancong Kongsi Sebab Suka Ambil “OOTD” Di Maybank Gaya Street Sabah

“Manakala, tindakan terkini yang dilaksana menerusi operasi ini adalah di sekitar Jalan Pantai, iaitu bangunan Maybank yang mendapat tumpuan pelancong antarabangsa baru-baru ini, dengan melibatkan kekuatan seramai 10 orang anggota, sebelum meneruskan kerja pemangkasan pokok di sekitar premis komersil, di Sinsuran,” ujarnya lagi.

Menerusi hantaran yang dimuat naik itu, DBKK akan meneruskan operasi tersebut secara berperingkat.

Gambar: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

“DBKK akan terus komited menjalankan operasi pembersihan di sekitar bandar raya yang akan dilaksanakan secara berperingkat, khususnya di kawasan yang sering menjadi tumpuan para pelancong,” tambahnya.

Sebelum ini, pelancong yang berkunjung ke sana dilihat sering mengambil gambar di hadapan cawangan bank tersebut. Menurut mereka, warna yang menyerlah merupakan salah satu faktor tempat tersebut menjadi pilihan.

Keadaan tersebut turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Datuk Chan Foong Hin.

Sumber: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu via Facebook