Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tidak Puas Hati Asyik Dimarahi, Anak Tergamak Tikam Ibu Hingga Maut
Seorang anak tergamak menikam ibunya sehingga maut gara-gara tidak berpuas hati sering dimarahi.
Kejadian ini dilaporkan berlaku di sebuah rumah di Seksyen 25, Shah Alam, pada Selasa, lapor Sinar Harian.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim, melaporkan bahawa wanita warga Myanmar berusia 40 tahun itu ditemui mati berlumuran darah di dapur rumahnya.
“Pihak polis telah menerima maklumat pada jam 5.49 petang berkaitan kejadian itu daripada seorang wanita yang juga jiran sebelah rumah apabila dimaklumkan oleh anak bongsu mangsa yang baharu pulang dari sekolah,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Menurut Mohd Iqbal, siasatan mendapati insiden berlaku sekitar jam 4.30 petang, ketika mangsa berada bersendirian di rumah sewa tersebut, dipercayai sedang memasak.
“Wanita itu telah bergelut dengan suspek dan telah ditikam dengan senjata tajam, pemeriksaan tubuhnya menemui beberapa kesan tikaman,” katanya.
Mengulas lanjut, Mohd Iqbal berkata, suspek berusia 20 tahun, yang juga anak sulung mangsa, telah ditahan pada jam 7.30 malam.
“Kita turut menjumpai senjata pisau yang digunakan untuk menikam wanita itu di tempat kejadian.
“Siasatan lanjut mendapati suspek tidak berpuas hati dengan ibunya kerana asyik memarahinya disebabkan masalah kewangan,” katanya.
Tambah Mohd Iqbal, suami mangsa sedang bekerja ketika kejadian berlaku.
“Seramai lapan individu telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan.
“Hasil semakan mendapati suspek yang juga warga Myanmar tiada rekod jenayah,” ujarnya.
Dalam pada itu, hasil bedah siasat menunjukkan mangsa meninggal dunia akibat lemas setelah ditekup dan terdapat kesan tikaman di perutnya.
“Suspek direman tujuh hari bermula Rabu hingga Selasa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintenden Muhammad Abdul Hafiz Sariee di talian 014-8905051,” katanya.
BACA: Hasil Siasatan Konsisten, Punca Kematian Nidza Afham Masih Diklasifikasi Mati Mengejut
BACA: Penguat Kuasa KPDN Berjaya Patahkan Taktik Sindiket Penyelewengan Minyak Masak Bersubsidi
Sumber: Sinar Harian