Ini 10 Bintang Atlet Dengan Pendapatan Tertinggi Dunia Tahun 2024
Dalam dunia sukan yang kian kompetitif, perhatian dunia terhadap bintang atlet bukan sekadar pada aksi hebat yang mereka persembahkan di pentas antarabangsa.
Namun, setiap langkah mereka diikuti rapat, termasuk dalam aspek kehidupan peribadi dan kewangan mereka.
Dengan kemahiran, dedikasi dan kerja keras tanpa henti, bintang-bintang ini bukan sahaja melakar sejarah dalam bidang sukan.
Malahan, kerjaya mereka turut diterjemahkan kepada pendapatan yang melambung tinggi, dengan jumlah yang ‘luar biasa’.
Berikut kami kongsikan senarai 10 atlet dengan pendapatan tertinggi dunia bagi pada tahun 2024.
1. Cristiano Ronaldo

Pendapatan di Padang: $200 juta
Pendapatan di Luar Padang: $60 juta
Warganegara: Portugal
Sukan: Bola Sepak
Umur: 39 tahun
Cristiano Ronaldo terus mendominasi dunia sukan dengan pendapatan keseluruhan yang dianggarkan sebanyak $260 juta, satu rekod tertinggi bagi pemain bola sepak.
Ini adalah kali keempat Ronaldo berada di kedudukan teratas senarai ini, terutamanya disebabkan oleh gaji tahunan $200 juta yang diterima daripada kelab Al Nassr dalam Liga Pro Saudi.
Di samping itu, beliau masih menjadi tarikan utama bagi penaja-penaja besar seperti Binance, Erakulis, Nike, Herbalife dan lain-lain, menjadikannya seorang ikon dalam dunia sukan.
Dalam pada itu, sejak melancarkan akaun Youtube baru-baru ini, pendapatan Ronaldo turut dijangka bakal melonjak dengan ‘luar biasa’.
2. Jon Rahm

Pendapatan di Padang: $198 juta
Pendapatan di Luar Padang: $20 juta
Warganegara: Sepanyol
Sukan: Golf
Umur: 29 tahun
Jon Rahm telah membuat keputusan terbaik yang menguntungkan dengan menyertai LIV Golf, menjadikan pendapatannya melonjak walaupun belum memenangi sebarang kejohanan dalam siri tersebut.
Dengan peranan sebagai kapten bagi pasukan Legion XIII, Rahm juga mendapat bahagian ekuiti dalam francais tersebut.
3. Lionel Messi

Pendapatan di Padang: $65 juta
Pendapatan di Luar Padang: $70 juta
Warganegara: Argentina
Sukan: Bola Sepak
Umur: 36 tahun
Perpindahan Lionel Messi ke Inter Miami telah membawa perubahan besar kepada kelab tersebut.
Kelab itu bukan sahaja mencatat peningkatan dalam jualan tiket tetapi juga menjalin kerjasama penajaan yang menguntungkan.
Messi juga menambah beberapa penaja besar seperti Adidas, Apple,dan Konami dalam portfolionya.
4. LeBron James

Pendapatan di Padang: $48.2 juta
Pendapatan di Luar Padang: $80 juta
Warganegara: Amerika Syarikat
Sukan: Bola Keranjang
Umur: 39 tahun
Masa depan LeBron James dengan Los Angeles Lakers menjadi spekulasi hangat selepas pasukan tersebut gagal dalam playoff.
Walaupun begitu, beliau terus meraih pendapatan besar di luar padang dengan kerjasama penajaan baru seperti DraftKings dan pelaburan dalam PGA Tour Enterprises.
5. Giannis Antetokounmpo

Pendapatan di Padang: $46 juta
Pendapatan di Luar Padang: $65 juta
Warganegara: Greece
Sukan: Bola Keranjang
Umur: 29 tahun
Walaupun musim Giannis bersama Milwaukee Bucks tidak berjalan lancar, kariernya di luar padang semakin berkembang.
Beliau telah melancarkan sebuah syarikat produksi dan menjalin kerjasama dengan minuman ringan Starry dari Pepsi, serta bakal mengeluarkan kasut sneaker keenamnya dengan Nike.
6. Kylian Mbappé

Pendapatan di Padang: $90 juta
Pendapatan di Luar Padang: $20 juta
Warganegara: Perancis
Sukan: Bola Sepak
Umur: 25 tahun
Kylian Mbappé dijangka meninggalkan Paris Saint-Germain dan menyertai Real Madrid.
Selain kejayaan dalam padang, Mbappé turut aktif di luar sukan dengan menubuhkan syarikat produksi sendiri serta menjalinkan kerjasama dengan jenama seperti Nike, Hublot dan Oakley.
7. Neymar

Pendapatan di Padang: $80 juta
Pendapatan di Luar Padang: $28 juta
Warganegara: Brazil
Sukan: Bola Sepak
Umur: 32 tahun
Neymar menerima pakej gaji yang lumayan daripada Al Hilal untuk menyertai Liga Pro Saudi, tetapi musimnya terhenti apabila beliau mengalami kecederaan ACL.
Walaupun begitu, Neymar terus menambah penajaan baru dalam portfolio beliau seperti Skims, Puma, dan Fun Brands.
8. Karim Benzema

Pendapatan di Padang: $100 juta
Pendapatan di Luar Padang: $6 juta
Warganegara: Perancis
Sukan: Bola Sepak
Umur: 36 tahun
Karim Benzema berpindah dari Real Madrid ke Al Ittihad dalam Liga Pro Saudi selepas memenangi Ballon d’Or pada tahun 2022.
Walaupun musim pertama beliau di Al Ittihad terganggu oleh masalah kesihatan, Benzema tetap komited dengan karier bola sepaknya.
9. Stephen Curry

Pendapatan di Padang: $52 juta
Pendapatan di Luar Padang: $50 juta
Warganegara: Amerika Syarikat
Sukan: Bola Keranjang
Umur: 36 tahun
Stephen Curry terus menunjukkan kebolehannya sebagai salah seorang penembak terbaik dalam NBA.
Di luar padang, beliau menandatangani kontrak baru dengan Under Armour yang akan berlangsung sehingga persaraan beliau, serta mengembangkan jenama Curry ke pasaran yang lebih luas.
10. Lamar Jackson

Pendapatan di Padang: $98.5 juta
Pendapatan di Luar Padang: $2 juta
Warganegara: Amerika Syarikat
Sukan: Bola Sepak Amerika
Umur: 27 tahun
Lamar Jackson menyertai senarai ini setelah menerima bonus menandatangani kontrak baru dengan Baltimore Ravens.
Di luar padang, Jackson juga aktif dengan beberapa perniagaan termasuk restoran, syarikat produksi, label rakaman, dan jenama pakaian sendiri.
BACA: Olimpik LA 2028: Ini 5 Sukan Baru Yang Akan Dipertandingkan
BACA: Cecah Lebih 360 Juta Pengikut, Ini 10 Kelab Bola Sepak Dengan Peminat Paling Ramai Di Dunia
BACA: Lee Zii Jia Naik Satu Anak Tangga, Kini Duduk Ranking Ke-6 Dunia
Sumber: Forbes