Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
penyelam tldm salvaj
Gambar: Tangkap layar video

Seorang Penyelam TLDM Meninggal Dunia Ketika Operasi Salvaj KD Pendekar

Iqbal Yasir

Seorang Penyelam TLDM Meninggal Dunia Ketika Operasi Salvaj KD Pendekar

JOHOR BAHRU, 28 Ogos (Bernama) — Seorang anggota penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) disahkan meninggal dunia ketika melaksanakan operasi salvaj untuk menyelamatkan bangkai Kapal Diraja (KD) Pendekar yang karam di perairan Tanjung Penyusop, Kota Tinggi di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Tinggi DSP Mohd Syamsuri Mohamad mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu namun tiada butiran lanjut diberikan.

“Pihak kami ada terima laporan dan masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi media hari ini.

KD Pendekar tenggelam di perairan Tanjung Penyusop selepas mengalami kebocoran dipecayai akibat terlanggar objek bawah air pada 25 Ogos lepas.

Bagaimanapun, usaha pantas komuniti maritim berjaya menyelamatkan kesemua 39 kru KD Pendekar sebelum kapal itu tenggelam.

BACA JUGA: Ditauliahkan Sejak 1979, Ini Fakta Kapal KD Pendekar Milik TLDM

Sebelum ini, tular di media sosial, satu video yang memaparkan detik-detik cemas 39 kru Kapal Diraja (KD) Pendekar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) diselamatkan selepas sebahagian kapal itu tenggelam akibat mengalami banjir besar dan kebocoran, lapor SK.

Insiden yang berlaku kira-kira 12 tengah hari itu terjadi di kedudukan dua batu nautika Tenggara Tanjung Penyusop, Johor itu.

Difahamkan, kesemua 39 kru kapal yang berada untuk penugasan operasi pada jam 12 tengah hari itu berdepan detik cemas apabila kadar air masuk dengan laju dan parasnya berada di catwalk selepas dipceryai berlaku pelanggaran dengan objek bawah air.

“Kebocoran mula dikesan di bilik jentera kapal sebelum merebak dengan cepat dan keadaan menjadi tidak terkawal. Bagaimanapun, semua kru berjaya diselamatkan setelah usaha untuk mengawal kebocoran serta menstabilkan kapal tidak berjaya.

“Fokus utama TLDM sekarang adalah untuk melaksanakan operasi salvaj bagi menyelamatkan kapal berkenaan,” memetik kenyatan TLDM yang dikeluarkan pada Ahad.

Susulan kejadian itu, lembaga siasatan khas telah ditubuhkan dengan kadar segera oleh TLDM untuk mengenal pasti punca kejadian yang terjadi.

KD Pendekar yang merupakan kapal perang jenis pembinasa laju, telah dibina oleh Karlskrona Varvet Shipyard di Sweden dan dilancarkan pada 11 Nov 1978 sebelum ditauliahkan pada 27 Julai 1979.

BACA JUGA: KD Pendekar Milik TLDM Tenggelam Sepenuhnya, 39 Kru Selamat