Siakap Keli
Malaysia Sukan SEA 2027
Sumber: MSN Malaysia

Malaysia Sah Tuan Rumah Sukan SEA 2027

Malaysia Sah Tuan Rumah Sukan SEA 2027

Malaysia akan kembali menjadi tuan rumah bagi penganjuran Sukan SEA yang ke-34 pada tahun 2027, menjadikan ini kali ke-7 negara kita diberi penghormatan sebagai tuan rumah temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kerajaan Malaysia telah menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027.

“Keputusan ini dipersetujui Jemaah Menteri dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, setelah mengambil kira komitmen penganjuran bersama oleh tiga negeri lainnya.

“Sebelum ini, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang telah menyatakan kesediaan untuk menggunakan peruntukan masing-masing bagi menjadi penganjur bersama dengan Kuala Lumpur,” kata kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, Jemaah Menteri turut menyampaikan ucapan tahniah kepada Kerajaan Sarawak dan Jawatankuasa Penganjur Sukan Malaysia (SUKMA) XXI yang telah berjaya mengendalikan penganjuran temasya tersebut yang berakhir dengan jayanya pada 24 Ogos lalu.

Sebagai rekod, Malaysia kali terakhir menjadi tuan rumah Sukan SEA pada tahun 2017 di Kuala Lumpur.

Penganjuran tersebut dianggap sebagai salah satu yang paling bermakna dalam sejarah penyertaan negara kita di Sukan SEA, di mana kontinjen Malaysia berjaya mencapai prestasi luar biasa sepanjang temasya berlangsung.

Negara kita muncul sebagai juara keseluruhan dengan pencapaian yang mengagumkan, mengumpul 145 pingat emas, 92 pingat perak dan 86 pingat gangsa, sekali gus mengatasi rekod yang dicatatkan pada Sukan SEA 2001.

BACA: Sambutan Ambang Merdeka 2024 Di Dataran Merdeka Dibatalkan – DBKL

BACA: Skuad Palestin Anggap Malaysia ‘Rumah Kedua’

BACA: Khabib Umum Datang Malaysia Bulan Depan

Sumber: MSN Malaysia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.