Siakap Keli
mamat sepah dol's podcast
Kredit: Shuib Sepahtu

Mamat Sepah Terima Tawaran Shuib, Kini Hos Dol’s Podcast

Mamat Sepah Terima Tawaran Shuib, Kini Hos Dol’s Podcast

Sebelumnya menjadi tetamu jemputan dalam rancangan Dol’s Podcast, Mamat Sepah tidak menyangka sama sekali bakal diberikan tawaran untuk menyertai podcast tersebut sebagai hos.

Dalam satu video yang dikongsikan di TikTok, Shuib Sepahtu berkongsi berita gembira apabila mengumumkan bahawa Mamat akan menjadi salah seorang hos dalam Dol’s Podcast.

Dalam video tersebut, Mamat pada mulanya kelihatan agak terkejut dan tidak percaya dengan tawaran yang diberikan oleh Shuib, yang juga merupakan rakan baiknya itu.

“Kau beri aku nyawa, Shuib, selepas aku hilang berbelas tahun.

“Wallahi, meremang bulu roma aku. Terima kasih,” kata Mamat.

Pada masa yang sama, Shuib dan Fizi turut meluahkan rasa gembira apabila Mamat bersetuju untuk menceriakan podcast tersebut bersama mereka.

“Allah yang beri kau nyawa. Jadi nanti wajah kau akan terpampang di ‘billboard’ Dol’s Podcast.

“Maknanya, dalam podcast ini nanti, akan ada Shuib, Fizi, Shuk dan Mamat,” ujar Shuib.

@shuibsepahtu

Sepah Reunion di Dol Podcast.Tahniah @Mamatsepah_Nana !!! Aku Sayang Kau Mat. Perjalanan yg cukup indah.Yessss Dol Podcast kini ber-4! Doakan kami dan terus support Dol Podcast. @Dol’s Podcast @Fizie Roslan @shuksahar #Dolpodcast

♬ original sound – Shuib Sepahtu – Shuib Sepahtu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa tidak sabar untuk menyaksikan siri podcast yang menampilkan gandingan empat sekawan itu.

“Mantap, ini yang kami nantikan. Terima kasih Dol’s Podcast. Mamat Sepah buat ‘comeback’,”

“Pilihan yang sangat tepat. Makin semangat tengok Dol’s Podcast selepas ini,”

“Selepas ini mesti lagi kecoh dengan gelak ketawa. Terbaik, Dol’s Podcast,”

Dalam pada itu, ramai juga yang terharu dengan tindakan Shuib yang bersungguh-sungguh ingin membantu rakannya.

“Betul lah kata orang, dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain,”

“Syabas, Shuib. Kami bangga dengan kesungguhan Shuib yang sanggup berkongsi rezeki dan membantu kawan-kawan,”

“Ini baru betul, sahabat tolong sahabat,”

BACA: Tak Pernah Tengok, Rupanya Ini Keadaan Dalam Bahagian Bagasi Pesawat

BACA: Paling Dinanti, Ramai Minta Unit K-9 Diberi “Screen Time” Lebih Masa Sambutan Merdeka 

BACA: Bukan Ikan Tempatan, Rupanya Tilapia Dari Benua Ini

Sumber: Shuib Sepahtu via TikTok

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.