Siakap Keli
lelaki bina kereta api
Kredit: Don Delavega via TikTok

“Bila Bapak Budak Healing,” Lelaki Bina Kereta Api, Siap Boleh Keliling Rumah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Bila Bapak Budak Healing,” Lelaki Bina Kereta Api, Siap Boleh Keliling Rumah

Pelbagai kenderaan pengangkutan dicipta bagi memudahkan perjalanan manusia sama ada dekat atau jauh. Dengan fungsi tertentu bagi setiap satunya, pengendaliannya juga memerlukan kemahiran tertentu dengan lesen pemanduan yang sesuai.

Tidak terhenti di situ, kenderaan pengangkutan masih belum tiba di penghujung perkembangan apabila masih ada ciptaan terbaru hari demi hari. Dalam kategori kenderaan pengangkutan awam, teknologi Jepun masih menjuarai dengan kehadiran kereta api Shinkansen, sistem landasan kereta api terpantas di dunia.

Kemunculan pelbagai kenderaan pengangkutan ini sentiasa menjadi impian kanak-kanak untuk cuba memandunya. Dari impian, kini menjadi kenyataan apabila seorang lelaki membina landasan kereta api di halaman rumahnya.

BACA: Datuk Saya Yang Isytihar Kemerdekaan 1957 – Tengku Zafrul

Seorang pengguna TikTok, Lisa Amanda atau dikenali sebagai Fizah telah berkongsi sebuah video yang merakamkan detik bahagia suaminya menaiki kereta api peribadi milik bapa saudaranya, Abd Rahim Abd Hamid. Video tersebut menunjukkan tiga gerabak kereta api mainan bersaiz besar dinaiki bersama ahli keluarganya. Kereta api itu dilihat mengelilingi kawasan halaman rumah yang luas dan cantik, dihiasi rumput menghijau.

Demi miliki kereta api sendiri, bina landasan hampir setahun

Menurut Fizah, video tersebut dirakam ketika mereka pulang ke kampung untuk menziarahi nenek yang tinggal bersama bapa saudara di Melaka Pindah, Melaka. Berbekalkan minat dengan aktiviti permainan sebegini, lelaki tersebut memulakan pembinaan landasan kereta api itu pada bulan Mei tahun lalu.

“Pak cik saya memang orang yang minat dalam aktiviti mainan macam ini, idea tercetus atas ilham dia sendiri. Projek pembinaan start dari bulan 5 dan mengambil masa lebih kurang setahun untuk disiapkan.

BACA: Kamera Teleskopik Diguna Dalam Operasi SAR Malam Ini

“Dia buat seorang jadi bila ada masa terluang, dia akan buat (pembinaan landasan),” katanya ketika ditemu bual SK.

Landasan tersebut dibeli dari luar negara dan menurut Fizah, harga satu set kereta api dan landasan tersebut mencecah kira-kira lima angka. Landasan sepanjang 400 meter itu dibina bermula dengan meratakan tanah.

“Kereta api dan landasan dijual complete set tetapi proses pemasangan dan pembinaan landasan dibuat sendiri. Proses pembinaan landasan yang mengambil masa sebab banyak proses (terlibat) terutamanya meratakan tanah untuk pembinaan landasan,” tambahnya.

Kereta api tersebut dikawal menggunakan alat kawalan jauh yang bersambung dengan kepala kereta api tersebut. Selain dapat mengawal kelajuan, alat kawalan itu turut mempunyai butang hon.

@lisaamanda40

Bila bapak budak healing Jadik Pilot darat.. Hilang segala stress jd org dewasa tau #tokdgardenrailway #rcexcavator #tokdadventure #orangkampung #alorgajah #pilotdarat #train #keratapi #keretapupusingkampung

♬ original sound – Lisamanda 0utlet – Lisamanda 0utlet

@lisaamanda40

Balik kampung kita Naik train pusing2… Thanks tok ayim … Tut tut tut tut #train #balikkampung #melaka #fyp #fypシ

♬ original sound – Lisamanda 0utlet – Lisamanda

Menjengah ke ruangan komen, video dengan 15.1 ribu like dan tontonan melebihi 300,000 itu mendapat pelbagai reaksi warga maya yang rata-rata turut teruja melihat kereta api tersebut.

miliki kereta api sendiri

miliki kereta api sendiri

miliki kereta api sendiri
Kredit: Lisa Amanda via TikTok

Sumber: Lisa Amanda via TikTok, Don Delavega via TikTok

BACA: Hairan, Kenapa Lipas Mati Dalam Keadaan Terbalik? Ini Jawapannya

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.