Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kredit: GEOFFROY VAN DER HASSELT/ AFP

Hairan, Kenapa Lipas Mati Dalam Keadaan Terbalik? Ini Jawapannya

Azizah Najib

Hairan, Kenapa Lipas Mati Dalam Keadaan Terbalik? Ini Jawapannya

Kehadiran makhluk perosak di dalam rumah pasti membuatkan sesiapa sahaja tidak tidur lena. Cicak, semut, kamitetep (ulat bungkus) dan lipas bukan sahaja menggelikan, malah bakal merosakkan mood berehat di rumah setelah seharian penat bekerja.

Antara serangga perosak yang lain, lipas merupakan serangga yang sukar dibasmi selama berketurunan jika tidak kena pada caranya. Pelbagai petua pernah dikongsikan di internet, ada yang berkesan, ada juga yang kurang berkesan. Tanda aras paling mudah untuk ketahui petua itu berkesan atau tidak, adalah dengan kehadiran sekujur bangkai lipas yang terbalik di lantai.

Serangga yang masih boleh hidup tanpa kepalanya ini juga tidak akan mati lemas dalam masa singkat kerana ia mampu menahan nafas selama 30 minit, menurut Discovery Place Science.

Kredit: ANNE-CHRISTINE POUJOULAT/AFP

BACA: Lipas Boleh Hidup Tanpa Kepala Dalam Tempoh Berminggu, Ini Rahsianya

Apabila serangga yang mampu membuatkan satu rumah haru-biru ketika terbang ini kaku terbalik sendirian, pasti anda pernah terfikir soalan yang sama. Kenapa lipas mati dalam keadaan terbalik? Apakah yang menyebabkan lipas mati terbalik?

Kenapa lipas mati terbalik?

Jika difikirkan semula, kawasan paling banyak lipas terbalik ialah tempat yang mempunyai permukaan licin berbanding tempat yang dihampar karpet. Sebagai contoh, lipas terbalik lebih banyak di lantai dapur berbanding ruang makan atau bilik yang kebiasaannya diletakkan alas karpet.

Keadaan ini menyebabkan lipas yang tua, tercedera atau cacat secara tidak sengaja tergelincir dan terbalik, akhirnya tidak dapat memusingkan semula badan mereka. Lipas tidak dapat memusingkan kembali badannya apabila tidak mempunyai cengkaman yang cukup di permukaan yang licin.

BACA: Korang Takut Lipas? Ini 10 Fakta Lipas Yang Lagi Menakutkan

Selain daripada itu, terdapat juga kejadian lipas terbalik yang bukan disebabkan keadaan lantai licin. Sering kita lihat, badan lipas akan terbalik apabila terkena semburan beracun.

Semburan beracun yang terkena pada kaki-kaki lipas menyebabkan berlaku gangguan sistem dalaman serangga tersebut, iaitu sistem saraf. Gangguan ini menyebabkan lipas terhuyung-hayang dan tidak dapat mengawal kestabilan, akhirnya tidak dapat membalikkan semula badannya sehingga ke hujung nyawa.

Fakta menarik tentang lipas

Guinness World Records mencatatkan, lipas terbesar di dunia merupakan lipas spesis Megaloblatta longipennis, iaitu spesis yang didapati di Peru, Ecuador dan Panama. Saiz lipas ini boleh mencecah sepanjang 20 sentimeter berbanding spesis lain, hanya kira-kira 0.6 hingga 7.6 sentimeter.

Sumber: Discovery Place Sience