Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
warga emas maut ditikam
Kredit: detik

Warga Emas Maut Ditikam 30 Kali

Azizah Najib

Warga Emas Maut Ditikam 30 Kali

Sulawesi, Indonesia – Seorang lelaki menikam warga emas yang didakwa melontarkan kata-kata jelik terhadapnya hingga menyebabkan mangsa maut di Kabupaten Maros, Sulawesi Selatan, lapor detik.

Hasil siasatan mendapati, mangsa yang berumur 67 tahun itu ditemui maut dengan 30 kesan tikaman di badannya. Suspek yang berumur 30 tahun telah tampil serah diri di balai polis sejurus melakukan pembunuhan tersebut.

Ketua Polis Daerah Tanralili, Inspektor Abdul Malik berkata kejadian tersebut berlaku pada Ahad sekitar jam 3 pagi waktu tempatan. Dalam kejadian tersebut, suspek yang sedang melalui hadapan rumah mangsa berada dalam keadaan mabuk.

Suspek mendakwa bahawa mangsa telah melemparkan kata-kata kesat kepadanya serta bertindak menghempaskan meja ke arah suspek.

BACA: Disengat Tebuan, Warga Emas Meninggal Dunia

“Ketika itu, mangsa menjerit ke arah suspek dengan menggunakan kata-kata kesat. Suspek kemudian menghampiri mangsa. Berikutan itu, mangsa mengajak suspek masuk ke dalam rumah mangsa untuk berbincang mengenai kejadian tersebut,” katanya.

Semasa berbincang, mangsa sekali lagi mengeluarkan kata-kata kesat yang tidak dapat diterima suspek. Mangsa tekad menghempaskan meja ke arah suspek menyebabkan suspek secara spontan menghunus badik (sejenis pisau) dan menikam mangsa.

BACA: Polis Tidak Cadang Haram Perhimpunan RXZ – Pengarah JSPT

“Ketika berbual, mangsa sekali lagi melemparkan kata-kata kesat terhadap suspek. Mangsa kemudiannya berdiri, mengangkat meja dan menghempasnya ke arah suspek.

“Secara spontan, suspek menghunus badik yang terselit di pinggang kiri suspek lalu menikam mangsa di perut, belakang dan kepala,” tambahnya lagi.

Menurut Malik, selepas menikam mangsa berkali-kali, suspek kemudiannya menyerah diri di Balai Polis Tanralili.

BACA: Kisah Stuckie, Mumia Anjing Yang Terperangkap Dalam Batang Pokok

“Dalam perjalanan, suspek telah membuang bukti, sejenis badik yang digunakannya dan serah diri di Balai Polis Tanralili,” maklumnya.

Ketika disoal siasat, suspek berkata dia tidak mempunyai masalah dengan mangsa. Justeru, motif sebenar pembunuhan masih lagi sedang disiasat oleh pihak polis.

Sumber: detiksulsel (1) (2) (3)

BACA: Polis Tahan Lelaki Warga Asing Samun, Rogol Warga Emas