Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Perincian Subsidi RON95, Pengenalan Semula GST Dijangka Diumum Dalam Belanjawan 2025 – RHB IB
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) — RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) menjangka perincian selanjutnya mengenai rasionalisasi subsidi petrol RON95, dan sama ada kerajaan sedang mengkaji untuk memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan dimaklumkan dalam Belanjawan 2025.
Penganalisis RHB IB, Alexander Chia berkata selepas hampir dua tahun sejak pilihan raya umum ke-15 diadakan, kestabilan Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat teguh.
“Dalam aspek ini, dua inisiatif utama yang masih belum diputuskan adalah rasionalisasi subsidi untuk petrol RON95 dan pengenalan semula GST yang bersesuaian dengan pelaksanaan penuh e-invois,” katanya menerusi nota hari ini.
Bank pelaburan itu menjangkakan rasionalisasi subsidi RON95 akan dilaksanakan menjelang akhir 2024.
Secara keseluruhannya, RHB IB menjangkakan Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini akan meliputi antaranya fiskal berhemat, tumpuan kepada segmen berpendapatan rendah, komitmen kepada pembaharuan dan inisiatif yang lebih jelas untuk meluaskan asas cukai.
Sehubungan itu, RHB IB mengunjurkan sasaran defisit fiskal bagi 2025 pada 3.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar, lebih rendah daripada sasaran pada 2024 iaitu 4.3 peratus.
Mengenai cukai barang bernilai tinggi (HVGT), RHB IB berkata terdapat “kemungkinan” untuk ia dinyatakan dalam Belanjawan 2025.
Bagaimanapun, kaedah cukai yang akan dilaksanakan masih belum dapat dilihat terutama kadar cukai, jenis barangan yang akan dikenakan cukai dan ambang nilai yang ditetapkan.
BACA: Air Terjun Tertinggi Di Dunia Bukan Di Darat, Tetapi Dalam Lautan Ini
BACA: Ini Tujuh Lubang Benam Paling Dalam Di Dunia
BACA: Dua Kanak-Kanak Dikhuatiri Hanyut Dibawa Arus Banjir Di Keningau
Sumber: BERNAMA