Siakap Keli
Lelaki Terjatuh gunung machinchang maut
Gambar: Sinar Harian

Lelaki Terjatuh Di Lereng Gunung Machinchang Disahkan Maut 

Lelaki Terjatuh Di Lereng Gunung Machinchang Disahkan Maut 

ALOR SETAR, 3 Okt (Bernama) — Lelaki yang terjatuh di lereng gunung dari dek kaca Eagle’s Nest Skywalk (ENS) Gunung Machinchang, Langkawi, dipercayai ketika sedang melakukan kerja penyelenggaraan, disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata Khairul Nizam Jaffar, 41, yang merupakan juruteknik mula bekerja di syarikat dek kaca itu tiga bulan lepas.

“Polis menerima maklumat daripada penyelia operasi dek kaca berkenaan pada pukul 12.25 tengah hari. Sepasukan anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah ke lokasi untuk menjalankan operasi menyelamat.

“Mangsa bukan sedang menjalankan kerja penyelenggaraan di kereta kabel tetapi di dek kaca berkenaan…mangsa dipercayai terjatuh dari besi penahan dek kaca yang berada di bahagian bawah, kira-kira 40 meter ke tebing gunung,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata operasi dilakukan dalam keadaan hujan dan mangsa telah berjaya dibawa naik ke stesen tengah oleh pihak bomba pada 5.11 petang.

“Pemeriksaan dan pengesahan kematian telah dilakukan oleh pihak hospital. Mayat mangsa telah dibawa turun menggunakan kereta kabel sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha, Langkawi untuk proses bedah siasat.

“Waris dan keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Terdahulu, Ketua Zon 4 Langkawi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Mohd Zamri Abd Ghani memaklumkan pihaknya melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang terjatuh ketika melakukan kerja penyelenggaraan.

BACA: Lelaki Terjatuh Semasa Lakukan Kerja Penyelenggaraan Kereta Kabel Langkawi

BACA: Wanita OKU Ditemukan Di Asrama Warga Asing Dipercayai Diculik

BACA: Terima Hadiah Bernilai RM1.3 Juta, Bekas Menteri Singapura Dihukum Penjara 12 Bulan

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.