Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ironman Langkawi: Terlanggar Pokok Tumbang, Syed Saddiq Cedera Ringan

Azizah Najib
syed saddiq ironman langkawi
Kredit: Stadium Astro

Ironman Langkawi: Terlanggar Pokok Tumbang, Syed Saddiq Cedera Ringan

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengalami kecederaan ringan ketika acara berbasikal dalam perlumbaan Ironman Langkawi pagi tadi, lapor Stadium Astro.

Kemalangan tersebut dilaporkan berlaku ketika bekas Menteri Belia dan Sukan itu secara tidak sengaja terlanggar dahan pokok yang jatuh di atas jalan raya. Kejadian tersebut dipercayai berlaku sekitar jam 11 pagi hingga 12 tengah hari.

Walau bagaimanapun, Syed Saddiq dilapor meneruskan perlumbaan tersebut dan dijangka tiba di garisan penamat sekitar jam 9 malam ini.

BACA: “Percaya Perancangan Allah,” Menang Anugerah, KJ Titip Ucapan Penghargaan

Perlumbaan Ironman Langkawi merupakan acara tahunan yang melibatkan tiga disiplin perlumbaan iaitu berenang 3.8 kilometer, berbasikal 180 kilometer dan berlari 42.2 kilometer.

Sebelum ini, Syed Saddiq pernah menyertai Kota Bharu Half Marathon 2024 pada September lalu. Malah, beliau turut pernah menyertai 113 Triatlon Desaru pada Julai lalu yang terpalit kontroversi apabila status penyertaannya dicatatkan sebagai DNF.

BACA: Status Larian “Did Not Finish”, Syed Saddiq Beri Penjelasan

Sumber: Stadium Astro