Siakap Keli
ipoh letupan gegaran
Gambar: BERNAMA

Gegaran & Bunyi Letupan Kuat Gemparkan Warga Ipoh

Gegaran & Bunyi Letupan Kuat Gemparkan Warga Ipoh

Penduduk di sekitar Ipoh digemparkan dengan satu gegaran kuat di sekitar ibu negeri Perak itu, kira-kira pukul 11 hari ini.

Kejadian itu turut disusuli dengan bunyi letupan beberapa saat menyebabkan penduduk setempat merasa cemas seketika.

Menurut tinjaun yang dibuat oleh Sinar Harian, orang awam yang berada di sekitar Medan Istana turut kelihatan keluar meninggalkan premis masing-masing kerana khuatir dengan keselamatan diri.

Salah seorang daripada mereka, M Diviya berkata, gegaran berlaku turut menyebabkan pintu kaca di pejabatnya seolah-olah mahu pecah.

Ipoh dilanda gegaran dan letupan kuat pagi tadi

“Gegaran berlaku secara tiba-tiba, dalam masa sama saya terdengar bunyi dentuman seperti bom dari bahagian atas.

“Saya dan rakan tak tunggu lama, kami terus keluar dari pejabat sebab bimbang berlaku runtuhan,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Diviya yang bekerja di sebuah firma guaman turut memaklumkan sudah membuat laporan kepada Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) berhubung kejadian itu.

“JMG beritahu mereka juga ada terima beberapa aduan yang sama berkaitan berlakunya gegaran,” katanya lagi.

Bagi seorang lagi orang awam, Noor Zaiti Nabilah Ahmad, kejadian yang berlaku tadi adalah pertama kali yang dilaluinya sepanjang bekerja di Ipoh.

BACA: ‘Pintu’ Misteri Tiba-tiba Muncul Di Antartika, Cetuskan Perdebatan & Pelbagai Teori

“Takut memang takut, namun syukurlah tiada apa-apa kejadian tidak diingini berlaku. Gegaran itu berlaku sekejap sahaja,” kata Noor Zaiti.

Manakala menerusi perkongsian warga maya di media sosial pula, gegaran yang sama didakwa turut dirasai di kawasan Tasek, Stadium Perak, Meru, Falim dan Manjoi.

Perkongsian yang sama turut dibuat oleh pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dekat Terowong Menora.

Dalam pada itu, ada yang mendakwa kejadian gegaran dan letupan yang berlaku disebabkan aktiviti kuari.

Bagaimanapun, JMG dalam satu kenyataan memaklumkan gegaran dan bunyi letupan kuat yang berlaku bukan disebabkan aktiviti letupan kuari.

BACA: Heroin Filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck Sah Bergelar Isteri Anak Bos Habib Jewels

BACA: Pernah Viral Lancar Hafaz Al-Quran & Bertaranum, Nek Kiah Meninggal Dunia

Sumber: Sinar Harian

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.