Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Nek Kiah
Kredit: Astro Gempak
Tiada Kategori

Pernah Viral Lancar Hafaz Al-Quran & Bertaranum, Nek Kiah Meninggal Dunia

Athirah

Pernah Viral Lancar Hafaz Al-Quran & Bertaranum, Nek Kiah Meninggal Dunia

Nek Kiah, bekas guru yang pernah menjadi viral kerana kepetahan berbahasa Inggeris selain lancar menghafaz Al-Quran dan bertaranum dilapor meninggal dunia semalam.

Berkongsi berita duka itu, ERA Malaysia memaklumkan Nek Kiah menghembuskan nafas terakhir kira-kira 1.45 petang.

Menurut ERA lagi, jenazah Allahyarhamah telah pun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana.

Terdahulu, wanita berusia 87 tahun ini berjaya meraih perhatian ramai apabila beberapa video memaparkan kelancaran Allahyarhamah menghafaz Al-Quran dan bertaranum menjadi tular.

Dalam satu temu bual yang dibuat bersama stesen radio tempatan itu, Allahyarhamah juga memperlihatkan kemahirannya yang masih fasih berbahasa Inggeris walaupun sudah lanjut usia.

Nek Kiah meninggal dunia, pernah viral cekap mengaji dan hafaz Al-Quran

Menurut Astro Gempak, Nek Kiah yang merupakan penghuni Mesra Home Ampang berkongsi bahawa dia melatih dan menghafaz Al-Quran sejak dari kanak-kanak lagi.

“Saya ingat lagi waktu kecil dahulu masa saya pergi mengaji. Kawan-kawan suka suka ‘usik’ saya lambat (mahir) mengaji.

“ Mereka kata “Tengok kami semua dah pandai mengaji”,” katanya.

Oleh kerana sering ‘diusik’ rakan-rakannya, Allahyarhamah memaksa dirinya mengaji tiga kali sehari tanpa pengetahuan kedua-dua ibu dan bapanya.

Selalu kena usik buat Nek Kiah tekad dalam Al-Quran dengan lebih gigih

“Kita perempuan tapi bila selalu kena usik dengan kawan lelaki macam itu, saya jadi geram.

“Nak gaduh takut, jadi dalam hati cuma cakap ‘tak apa… nanti lama-lama aku pandai mengaji,” ujarnya.

Diatas usahanya yang sanggup mengaji tiga kali sehari membuatkan Allahyarhamah mampu mengaji dan mengingati ayat-ayat kitab suci itu dengan baik.

BACA: Geran Tanah Hilang Atau Rosak? Ini Yang Perlu Anda Buat

BACA: Ini Maksud Sebalik Mantera Buka & Tutup Pintu Gua Dalam Filem Ali Baba Bujang Lapok

BACA: “Basic Mahal Ni”, Kucing Pakai Baju Shell Perati Orang Isi Minyak Bikin Ramai Terhibur

BACA: Lelaki Kongsi Emaknya Mudah Terpengaruh, Sakan Main ‘Game’ Lepas Sembang Dengan Cashier MYDIN

Sumber: Astro Gempak (1), (2)