Siakap Keli
baiki mesin basuh
Gambar: @hairulvcool / TikTok

Tak Perlu Keluar Modal, Lelaki Kongsi Punca Mesin Basuh Rosak

Tak Perlu Keluar Modal, Lelaki Kongsi Punca Mesin Basuh Rosak

Seperti yang kita tahu, barangan elektrik diciptakan untuk memudahkan urusan dan rutin harian orang ramai. Seperti mesin basuh, yang berfungsi sebagai alat mencuci pakaian dengan kuantiti yang banyak.

Bagaimanapun, barangan ini mudah terdedah kepada kerosakan, sama ada lambat atau cepat.

Perkara ini sudah tentunya menyusahkan penggunanya apabila terpaksa mencari alternatif lain dengan mencuci secara manual atau mencuci pakaian di dobi.

Ia sekaligus akan merugikan masa, tenaga dan wang semata-mata untuk mencuci pakaian ini.

Lelaki kongsi punca bunyi “krak-krak” pada mesin basuh

Dalam satu perkongsian video pemilik akaun TikTok @ Hairul Vcool memaparkan salah satu masalah yang sering dialami oleh mesin basuh di rumah.

Kata lelaki dikenali sebagai Brock dalam perkongsian itu, dia menjelaskan masalah yang dialami mesin ini adalah disebabkan pakaian yang tersangkut pada belting dan absorber, yang menjejaskan fungsi penggunaannya.

Menurutnya, punca sebenar masalah ini berlaku adalah kuantiti baju yang diletakkan dalam mesin berlebihan dari had yang sepatutnya.

Difahamkan, sewaktu mesin basuh dalam keadaan ‘Spin‘, pakaian pada bahagian atas akan kering lebih cepat menyebabkan ia mudah terbang dan keluar ke bahagian tepi berbanding pakaian di bawah.

Oleh itu, mesin basuh gagal berfungsi dengan betul seperti mencuci dan mengeringkan pakaian.

Tak perlu keluar modal

baiki mesin basuh
Gambar: @hairulvcool / TikTok

Kongsi lelaki itu lagi, sebenarnya masalah ini tidak memerlukan pengguna untuk menghantar ke kedai untuk membaiki “zero cost”, sebaliknya ia boleh dilakukan di rumah.

Oleh itu, dia menasihati pengguna mesin basuh yang mengalami masalah untuk memeriksa terlebih dahulu pada bahagian bawah mesin itu sebelum menghantar ke bengkel.

Perkara ini bagi menjimatkan duit poket anda daripada membayar upah membaiki barangan elektrik itu yang tidak sepatutnya.

Semoga bermanfaat.

@hairulvcool

Sepatutnya mesin basuh ni ZERO kos tau!

♬ bunyi asal – Hairul Vcool – Hairul Vcool

Sumber: TikTok @hairulvcool

BACA: Tip: Ini 6 Punca Kereta Cepat Rosak

BACA: Lelaki Kongsi Tip Atasi “Side Mirror” Berkabus Waktu Hujan

BACA: Individu Persoal Mana Duit Zakat MAINS, Sekali Terdiam Bila Ditunjuk Mana Pergi Duit RM98 Juta

Nur Alissa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.