Siakap Keli
Sukan Komanwel 2026
Gambar: AFP

Ini Senarai Sukan Dipertandingkan Dalam Sukan Komanwel 2026

Ini Senarai Sukan Dipertandingkan Dalam Sukan Komanwel 2026

Beberapa sukan dilaporkan telah digugurkan daripada senarai rasmi Sukan Komanwel 2026 yang akan diadakan di Glasgow, Scotland.

Edisi ke-23 temasya tersebut akan berlangsung dari 23 Julai hingga 2 Ogos 2026.

Berbanding dengan edisi Sukan Komanwel Birmingham 2022, senarai sukan bagi Glasgow 2026 akan jauh lebih kecil.

Menurut Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) pada Selasa, temasya tersebut akan menampilkan hanya 10 jenis sukan.

Antara sukan yang akan dipertandingkan termasuklah olahraga (trek dan padang), renang, bola keranjang 3×3 dan berbasikal trek.

Selain itu, terdapat juga sukan angkat berat, boling padang, gimnastik artistik, bola jaring, tinju dan judo.

Kali ini, ia akan dilangsungkan di empat lokasi utama, iaitu Stadium Scotstoun, Pusat Renang Antarabangsa Tollcross, Arena Emirates (termasuk Velodrom Sir Chris Hoy), dan Pusat Acara Scottish (SEC).

Senarai sukan untuk Glasgow 2026 ini jauh lebih ringkas berbanding Birmingham 2022 yang menampilkan 20 sukan.

Beberapa sukan yang digugurkan termasuk hoki, kriket, badminton, gusti, ping pong, terjun, ragbi tujuh, bola tampar pantai, berbasikal gunung, skuasy dan gimnastik berirama.

Selain itu, sukan menembak yang digugurkan daripada Birmingham 2022 juga masih tidak termasuk dalam edisi kali ini.

BACA: Layang Kad Merah Kepada Al Bulayhi, Aksi Tegas Nazmi Nasaruddin Raih Pujian Netizen

Pengguguran sukan badminton dan terjun dijangka memberi tamparan besar kepada prestasi pingat Malaysia di Glasgow 2026, memandangkan kedua-dua sukan tersebut sering menjadi penyumbang pingat bagi Malaysia di Sukan Komanwel.

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menyatakan mereka memahami dan menerima keputusan Glasgow, yang bertujuan menjadikan Sukan Komanwel 2026 lebih berdaya maju dari sudut kewangan.

Setiausaha Agung MOM, Datuk Mohd Nazifuddin Najib, menjelaskan bahawa langkah itu tidak dapat dielakkan, mengikut masa dan keperluan susulan penarikan diri Victoria, Australia pada tahun lalu.

“Fokusnya adalah untuk menjadikan sukan yang boleh mencapai kualiti tertinggi dari segi kewangan dengan cara yang mampan.

“Dalam bergerak ke hadapan, terdapat keperluan untuk mengutamakan perkara yang paling penting kepada atlet dan sukan.

“Oleh itu, kami menerima hakikat Glasgow 2026 akan menjadi lebih kecil daripada sukan sebelumnya dengan mengorbankan sukan yang kita hebat seperti badminton, akuatik – terjun, hoki dan skuasy,” katanya dalam satu kenyataan.

BACA: TUDM Nafi Bunyi Dentuman Di Ipoh Datang Dari Pesawat Pejuang Miliknya

Untuk info, Malaysia juga pernah ditawarkan untuk menjadi tuan rumah bagi temasya ini, namun menolak tawaran tersebut.

Dalam pada itu, Datuk Mohd Nazifuddin menegaskan bahawa edisi kali ini merupakan peluang untuk merangka pelan baru demi masa depan Sukan Komanwel yang lebih mampan.

“MOM akan membincangkan strategi yang diperlukan untuk menghadapi isu ini dengan pihak yang berkaitan, termasuk Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) dan Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA),” katanya.

BACA: Olimpik LA 2028: Ini 5 Sukan Baru Yang Akan Dipertandingkan

Sumber: Olympic, Sinar Harian

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.