Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Arif Aiman & Tommy Mawat
Kredit: Astro Arena

FAM Pandang Serius Insiden Pergaduhan Arif Aiman, Tommy Mawat

Athirah

FAM Pandang Serius Insiden Pergaduhan Arif Aiman, Tommy Mawat

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) — Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memandang serius insiden pergaduhan membabitkan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) Arif Aiman Mohd Hanapi dan pemain Perak FC Tommy Mawat Bada pada perlawanan Liga Super 2024/2025, semalam.

Timbalan Presiden FAM Datuk S. Sivasundaram berkata kedua-dua pemain terbabit boleh dikenakan hukuman atau tindakan lanjut biarpun hanya dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan Razlan Joffri Ali pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor itu.

“Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil FAM juga akan duduk berbincang untuk meneliti rakaman penuh video insiden berkenaan bagi mencadangkan tindakan lanjut.

“Memang kedua-dua pemain telah dilayangkan kad kuning sejurus insiden tersebut tetapi hukuman tambahan serta tindakan lanjut tetap boleh diambil jika ia dilihat perlu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Sivasundaram mengingatkan para pemain supaya dapat mengawal emosi sewaktu di padang.

“Secara peribadi, saya melihat ia satu insiden yang serius apabila berlaku tindakan menumbuk dan juga mencekik yang dilakukan oleh kedua-dua pemain tersebut,” katanya.

Insiden tercetus pada minit ke-83 apabila Tommy Mawat cuba menghalang larian Arif Aiman sebelum kedua-dua pemain gagal mengawal emosi hingga mencetuskan suasana tegang.

Ketika rakan sepasukan dan pengadil cuba meleraikan pergaduhan, Tommy Mawat dilihat sedang mencekik Arif Aiman sebelum pemain JDT itu pula mengasari lawannya apabila dilihat melepaskan pukulan ke arah kepala.

Bagaimanapun, kedua-dua pemain itu hanya dilayangkan kad kuning dan keadaan kembali terkawal hingga wisel penamat dibunyikan menyaksikan JDT menang 5-0 terhadap Perak FC.

BACA: Hujan Lebat, Ribut Petir Dijangka Landa Hampir Seluruh Negara Petang Ini

BACA: Boeing 787 Menuju China Patah Balik Ke Rom Akibat Kebakaran Enjin

Sumber: BERNAMA