Siakap Keli
resipi mi kicap
Kredit: Cik Puan Jue

Resipi Mi Kicap, Makan Dengan Cili Potong Menambah Selera

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Resipi Mi Kicap, Makan Dengan Cili Potong Menambah Selera

Kunjungan ke Ipoh pasti tidak lengkap tanpa mencuba masakan mi kicap, hidangan yang sudah cukup sinonim di sana. Mi kicap terasa lebih enak dinikmati bersama taugeh segar dan cili potong. Rasa masin, pedas ditambah dengan tekstur mi yang kenyal, pasti terkenang-kenang apabila pulang.

Tidak dapat dinafikan, hidangan mi kicap sukar ditemui berbanding mi goreng. Jadi, kali ini, SK ingin kongsikan bersama anda resipi mi kicap yang begitu mudah untuk anda buat sendiri di rumah. Resipi ini merupakan perkongsian Cik Puan Jue di laman Facebook miliknya.

Bahan-bahan

Anda hanya perlukan mi wantan sebagai bahan utama. Menurut Cik Puan Jue, anda boleh juga gantikan mi wantan dengan mi kering.

Untuk membuat kuah, anda perlukan bawang putih yang sudah ditumbuk halus, lada sulah, sos tiram, minyak bijan dan kicap pekat. Seperti biasa, anda perlukan garam dan gula sebagai perasa. Sediakan juga tepung jagung untuk menjadikan kuah pekat dan likat.

Kredit: Cik Puan Jue

BACA: Bekalan Anak Di Asrama, Ini Resipi Sambal Cornflakes Anti Lemau

Sebagai hidangan sampingan, sediakan isi ayam yang sudah diperap dengan kicap masin, kicap manis dan lada sulah. Sayur sawi juga boleh ditambah sebagai hidangan sampingan.

Untuk hiasan, anda perlukan daun bawang.

Cara masak mi kicap

1. Tumis bawang putih sehingga kekuningan.

2. Titis sedikit minyak bijan, sos tiram, lada sulah dan kicap pekat.

3. Tuang sedikit air. Jangan banyak sangat sebab kita tak nak makan mi dengan ‘kuah banjir’.

4. Tambah garam dan gula secukup rasa.

BACA: Tip Tanam Sayur Dalam Botol & Cawan Agar Tumbuh Subur

5. Masuk tepung jagung, sedikit demi sedikit sehingga kuah menjadi pekat mengikut cita rasa anda.

6. Gaul dan masak kuah sehingga mendidih, kemudian tutup api.

7. Goreng isi ayam yang telah diperap. Apabila ayam sudah masak, potong isi ayam dan ketepikan.

8. Celur mi dan sayur sawi sebentar kemudian toskan.

Kredit: Cik Puan Jue

9. Gaul mi dengan sedikit kuah, kemudian tuang mi dalam mangkuk.

10. Hias mi dengan isi ayam dan sayur sawi.

11. Tuang sedikit lagi kuah kicap, kemudian tabur daun bawang yang sudah dihiris.

Mi kicap sedia untuk dimakan bersama cili potong.

BACA: Perhati Sebelum Beli, Ini Tip Pilih Buah Mangga Ranum & Manis

Sumber: Puan Jue

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: