Siakap Keli
tip simpan ayam
Kredit: Nabihah Rahman

Cepat & Tak Penat, Ini Tip Simpan Ayam Untuk Mudahkan Proses Masak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Cepat & Tak Penat, Ini Tip Simpan Ayam Untuk Mudahkan Proses Masak

Memasak diakui melibatkan proses yang agak panjang dan renyah sama ada sebelum, semasa dan selepas. Proses penyediaan bahan masakan sebelum memasak sahaja sudah memakan masa jika tidak disediakan terlebih dahulu. Ditambah pula proses mencuci dan mengemas perkakas dapur selepas memasak.

Bagi para ibu yang mempunyai masa terhad, memasak setiap hari memang salah satu cabaran besar. Disebabkan itu, semakin ramai memilih untuk menggunakan pes segera yang makin banyak dihasilkan pengusaha tempatan. Malah, ada juga yang memilih untuk menggunakan kaedah meal prep iaitu menyediakan hidangan secara pukal sebagai juadah selama seminggu.

Khas untuk anda yang baru ingin berjinak dengan cara ini, Nabihah Rahman berkongsi satu trick masak cepat siap terutamanya buat para ibu yang bekerja. Cara ini sangat ringkas dan dapat mempercepat proses anda memasak setiap hari.

BACA: 10 Petua Hilangkan Bau Hanyir Lepas Siang Ikan

Menurutnya, ayam hanya perlu direbus sebelum disejukkan untuk dibekukan untuk kegunaan nanti. Rebusan ini tidak memerlukan tambahan garam.

“Saya akan rebus ayam dengan bawang putih, halia dan daun bawang macam mana buat nasi ayam tu,” kongsinya.

Apabila ayam sudah masak, simpan ayam di dalam peti sejuk beku berasingan dari sup untuk kegunaan nanti. Sebelum mula memasak pada keesokan hari, anda hanya perlu keluarkan dan nyahbeku ayam seketika. Kemudian, anda sudah boleh memasak ayam seperti biasa.

BACA: Tip Tanam Sayur Dalam Botol & Cawan Agar Tumbuh Subur

Lebihan air rebusan ayam tadi juga boleh disimpan di bahagian sejuk beku untuk diguna sebagai bahan perasa.

Ketika ditemu bual SK, Nabihah turut memberikan beberapa petua tambahan. Ayam yang sudah direbus tidak hanya sesuai untuk dibuat sup, malah boleh juga diperap untuk goreng kunyit, kukus atau juga bakar kerana ayam sudah separuh masak.

“Boleh masak sambal. Saya pernah buat sambal asing, cuma tuang je atas ayam nanti,” ujarnya.

Cara ini juga sesuai digunakan untuk daging lembu, tetapi tidak sesuai untuk ikan.

Menjengah ke ruangan komen, cara ini boleh menjadikan ayam tahan lama.

“Saya letak dalam sejuk beku tahan tiga hingga empat bulan, tapi biasa habis awal,” katanya.

BACA: Resipi Mi Kicap, Makan Dengan Cili Potong Menambah Selera

Katanya lagi, trick ini tercetus kerana dirinya memahami keadaan para ibu yang mempunyai keinginan memasak setiap hari namun menghadapi kekangan masa dan tenaga. Nabihah turut menyampaikan satu pesanan ringkas buat para ibu.

“Para ibu kalau peti ais kecil, boleh beli beg ziplock sahaja untuk letak sup dan ayam. Lebih jimat ruang,” titipnya.

Dalam masa yang sama, Nabihah turut memberikan panduan ringkas untuk mengetahui ayam sudah masak atau belum. Kebiasaannya, ayam dimasak selama 40 minit hingga satu jam.

“Tengok juga tau, kalau ayam macam dah nak masak, boleh keluarkan. Kalau tak, nanti terlerai (isi) ayamnya.

“Macam saya, saya buat dua trip. Sup tak tambah untuk masak ayam kedua. Jadi, sup akan lebih kuat rasanya,” jelas Nabihah.

BACA: Ini Cara Kumpul RM12k Dalam 2 Tahun, Sedar-Sedar Duit Dah Cukup

Sumber: Nabihah Rahman

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: