Siakap Keli
Fail 'Backup' iCloud
Kredit: AFP

Bermula 18 September, Fail ‘Backup’ iCloud Dalam iPhone Dengan iOS 8 Akan Dipadam 

Bermula 18 September, Fail ‘Backup’ iCloud Dalam iPhone Dengan iOS 8 Akan Dipadam 

Syarikat pembuatan teknologi terkemuka, Apple Inc memaklumkan akan memadam semua fail sandaran dalam iCloud yang disandarkan mengunakan peranti iOS 8 dan versi sebelumnya.

Menurut Daily Mail UK, sandaran peranti Apple akan memerlukan iOS 9 atau versi lebih baharu untuk melakukan fail sandaran bermula 18 November 2024.

“Langkah ini diambil bagi menyelaraskan keperluan perisian minimum. Sehingga tarikh ini, pengguna dapat menggunakan perkhidmatan seperti biasa

“Selepas itu, data sandaran pengguna akan dipadamkan, melainkan pengguna mengemas kini kepada iOS 9 atau lebih baru,” kata Daily Mail.

Fail ‘backup’ iCloud dalam iPhone dengan iOS 8 akan dipadam

iCloud menyelaraskan data pengguna merentasi semua peranti Apple sama ada foto, video atau dokumen ke awan.

Manakala sandaran iCloud membantu memastikan data pengguna selamat dengan membuat salinan maklumat pada peranti iPhone atau iPad pengguna yang belum diselaraskan ke iCloud.

Jika peranti pengguna sudah mengemaskini iOS 9 dan ke atas, tiada tindakan diperlukan.

Bagi pengguna yang memiliki peranti iPhone 4s dan ke atas, iPad 2 dan ke atas dan iPod Touch generasi kelima atau lebih baharu, mereka boleh mengemas kini peranti dan menggunakan iCloud Backup.

Pengguna boleh sandarkan peranti secara manual

Dalam pada itu, terdapat juga pelbagai cara untuk mengarkib atau membuat salinan data pengguna.

Jadi, untuk terus menggunakan iCloud Backup, pastikan pengguna mengemas kini iPhone atau iPad anda kepada iOS 9 atau lebih baharu, atau sebaliknya sandarkan peranti secara manual ke Mac atau PC dengan iTunes atau Finder.

Daily Mail berkata, ia hanya melibatkan data iCloud. Sementara semua aplikasi, data dan kandungan pada iPhone, iPad atau iPod touch akan kekal pada peranti.

BACA: Karya ‘Agung’ Pisang Lekat Dengan Selotep Kini Bernilai Lebih RM4 Juta

BACA: Pemenang 22 Gelaran Grand Slam, Rafa Nadal Rasmi Bersara

BACA: Tun Daim Dilepas Dan Dibebaskan Daripada Pertuduhan Gagal Isytihar Harta

Sumber: Daily Mail UK

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.