Terkini

Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Lelaki beri tempat duduk
Kredit: TikTok @firdausjaidil_

Tingkah Mak Cik Ini Dapat Tempat Duduk Tepi Tingkap Dalam Pesawat Buat Ramai Sebak

Siti Nur Ain Natasya

Tingkah Mak Cik Ini Dapat Tempat Duduk Tepi Tingkap Dalam Pesawat Buat Ramai Sebak

Betul kata orang, setiap manusia menjalani hidup mengikut garis masa masing-masing, kerana tak semua dilahirkan dengan peluang yang sama.

Mungkin ada yang mencapai sesuatu pada usia muda, tetapi siapa tahu, bagi orang lain, peluang yang sama hanya hadir ketika usia sudah menginjak senja.

Baru-baru ini, sebuah video tular di TikTok memaparkan seorang pemuda yang sanggup memberikan tempat duduk tepi tingkapnya kepada seorang mak cik di dalam kapal terbang.

Tindakan kecil ini, bagaimanapun, meninggalkan meraih perhatian dan buat ramai sebak.

“Beri tempat duduk tepi tingkap kepada mak cik ini adalah keputusan terbaik saya pada hari ini,” ujar pengguna TikTok, @firdausjaidil_.

Dalam video itu, mak cik tersebut kelihatan begitu asyik memandang keluar tingkap, seakan-akan menikmati pengalaman yang jarang-jarang dirasai.

Menurut Firdaus, mak cik itu kelihatan sangat gembira sepanjang penerbangan.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian itu mendapat reaksi pelbagai daripada warga maya.

“Tahniah adik. Awak dahulukan dia. Cara dia tengok luar itu pun macam pertama kali naik kapal terbang,”

“Mana tahu kan, asbab gembirakan hati seorang mak cik ni, Allah redha, Allah bagi rumah dekat syurga,”

“Mungkin kecil pada kita, tapi sangat besar pada orang lain,”

Selain itu, terdapat juga komen-komen positif yang membuka mata kita untuk lebih mensyukuri nikmat yang sering kita pandang remeh.

“Bayangkan kalau itu mak kita…”

Kata orang, kebaikan itu percuma. Jadi, apa salahnya kita sesekali mengalah demi menggembirakan hati orang lain, terutama mereka yang sebaya dengan ibu kita?

Kalau ibu kita berada di tempat yang sama, kita pasti mahu melakukan perkara yang sama untuk mereka.

Ibu-ibu kita suatu masa dahulu juga pernah menjadi anak kecil yang sedang belajar memahami kehidupan.

Hari ini, sebagai anak, kita pula berpeluang memberikan sedikit kebahagiaan kepada mereka, atau sesiapa sahaja yang seusia dengan mereka.

Tindakan kecil seperti ini mungkin kelihatan biasa pada kita, tetapi ia mampu menjadi kenangan yang luar biasa bagi orang lain.

BACA: Gelagat ‘Aunty’ Bantu Wanita Rakam Momen Bersama Keluarga Tuai Pujian

BACA: Gelagat Nenek 80-an Jadi “Model” Curi Perhatian Warga Maya

BACA: Wanita Kongsi Video Sambutan Hari Lahir Abah, Bikin Warga Maya Sebak

Sumber: Firdaus Jaidil via TikTok