Siakap Keli
Gambar: AFP

Billionaire Malaysia, Ananda Krishnan Meninggal Dunia

Billionaire Malaysia, Ananda Krishnan Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR — Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd, Ananda Krishnan Tatparanandam dilaporkan meninggal dunia pada usia 86 tahun, lapor Astro Awani.

Pemergian mendiang disahkan syarikat pegangan pelaburan Malaysia, Usaha Tegas Sdn Bhd dalam satu kenyataan pada Khamis.

“Dengan rasa dukacita, kami ingin mengumumkan berita mengenai pemergian Pengerusi kami (Usaha Tegas Sdn Bhd ), Ananda Krishnan Tatparanandam.

“Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada 28 November 2024,” katanya.

Menurut kenyatan tersebut, sumbangan mendiang dalam pembangunan negara dan dunia korporat sepanjang hayat amat besar.

“Sifat filantropinya juga memberi kesan serta kenangan yang kepada semua menjadikan beliau sebagai seorang tokoh yang disegani dan dihormati,” maklum kenyataan itu sambil menambah orang ramai menghormati privasi keluarga mendiang dalam tempoh berkabung.

Untuk makluman, Ananda Krishnan merupakan pengasas syarikat pengendali mudah alih kedua terbesar di Malaysia, Maxis Berhad, serta syarikat penyiaran dan media Astro Malaysia Holdings Bhd.

Tambahan lagi, mendiang juga memegang sebahagian besar syarikat penyedia perkhidmatan lapangan minyak, Bumi Armada Bhd, di bawah Objektif Bersatu Sdn Bhd.

Terdahulu, Ananda Krishnan disenaraikan sebagai individu ketiga terkaya di Malaysia dengan nilai kekayaan bersih sebanyak AS$5.1 bilion (RM22.66 bilion) pada April, lapor Forbes.

Sumber: Astro Awani

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.