Siakap Keli
Pak Cik 'penat' layan anak-anak
Kredit: TikTok @iera_natrah

Riak ‘Penat’ Pak Cik Ini Layan Telatah Anak-Anak Buat Ramai Terhibur

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Riak ‘Penat’ Pak Cik Ini Layan Telatah Anak-Anak Buat Ramai Terhibur

Besarkan anak-anak ni, boleh dikatakan macam naik roller coaster. Kadang naik, kadang turun, kadang rasa nak menjerit, tapi bila sampai hujung, ibu bapa tetap tersenyum puas.

Bagi ibu bapa, tiada yang lebih berharga daripada tengok anak-anak membesar dengan bahagia, berjaya dan yang paling penting, jadi insan terbaik.

Mereka tahu bahawa anak-anak yang mereka lihat riang hari ini akan berubah menjadi dewasa dan punya jalan hidup sendiri, perlu dilepaskan pergi.

Tapi, meski anak-anak dah besar, hubungan dengan ibu bapa ni biasanya tak pernah berubah.

Tak kira dah ada kerjaya besar ke, dah kahwin ke, anak-anak tetap akan balik ke rumah ibu bapa bila ada peluang.

Kadang tu, balik bukan sebab rindu masakan ibu je, tapi sebab nak cari comfort zone mereka, tempat yang tak pernah buat anak-anak terasa asing.

Menariknya, bila anak-anak balik ke rumah, mereka ni selalu ada tendency untuk jadi ‘budak-budak’ balik.

Gelak-gelak tak ingat dunia, bergurau macam tak ada masalah dalam hidup, dan ada masa tu, bermanja lebih daripada cucu ibu bapa sendiri.

Ingatkan masuk hospital boleh rehat, tapi ‘beban ikut sekali’

Baru-baru ni, ada satu video tular di TikTok yang buat ramai netizen tak kering gusi.

Gelagat sekumpulan anak melawat bapa mereka di hospital berjaya mencuri perhatian dengan ‘drama’ tak dijangka.

Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @iera_natrah menunjukkan suasana di hospital, di mana seorang bapa sedang menerima lawatan daripada anak-anaknya.

Difahamkan, si bapa ni baru lepas menjalani pembedahan akibat kencing manis.

Dalam video tu, anak-anak dia duduk atas katil hospital, rapat-rapat macam nak buat family photo.

Tapi tiba-tiba, telefon salah seorang anak terjatuh atas kepala si bapa.

Reaksi spontan si bapa yang hanya sempat mengucapkan “Aduh” dengan raut wajah ‘reda tanpa terkejut’ benar-benar mencetuskan gelak tawa.

Bukannya marah, si bapa kelihatan seolah-olah sudah terbiasa dengan ‘ragam luar kotak’ anak-anaknya.

Anak-anaknya pula, tanpa rasa bersalah, terus tergelak besar tanpa henti.

Malah, salah seorang daripada mereka sempat berseloroh sambil berkata, “Meletup kepala ayah aku”.

@iera_natrah

Membalas kepada @adiarna0606 yg mntak ori video , sis ttp mke ye sbb aib hahahahahx

♬ bunyi asal – iera natrah – iera natrah

Seperti yang dijangka, video ni terus viral dengan lebih 1 juta tontonan.

Ramai netizen rasa terhibur dengan gelagat santai keluarga ni.

“Masuk hospital pun tak aman… anak-anak tetap buat perangai,”

“Ayah aku tengok ni mesti cakap, ‘nasib baik bukan aku’,”

“Pak cik tu nampak macam dah redha je… macam biasa kena buli dengan anak-anak dia,”

BACA: Tingkah Mak Cik Ini Dapat Tempat Duduk Tepi Tingkap Dalam Pesawat Buat Ramai Sebak

BACA: Anak Kecil Jerit Bahagia, Buat Bahasa Isyarat “Terima Kasih” Lepas Dapat Hadiah Dari Mak Ayah ‘Istimewa’

BACA: Gelagat ‘Aunty’ Bantu Wanita Rakam Momen Bersama Keluarga Tuai Pujian

Sumber: TikTok @iera_natrah

Siti Nur Ain Natasya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.