Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

19 Kampung Berhampiran Sungai Nenggiri Dan Sungai Kelantan Dijangka Banjir Minggu Ini

Iqbal Yasir
kampung Dijangka Banjir kelantan
Gambar: Bernama

19 Kampung Berhampiran Sungai Nenggiri Dan Sungai Kelantan Dijangka Banjir Minggu Ini

KOTA BHARU, 8 Dis (Bernama) — Hampir 19 kampung yang terletak dalam radius lima kilometer berhampiran Sungai Nenggiri dan Sungai Kelantan dijangka mengalami banjir bermula Selasa hingga Jumaat ini.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi pada 5 Dis lepas.

Menurut kenyataan JPS, kampung yang dijangka terjejas di kawasan Sungai Nenggiri, daerah Gua Musang ialah Kampung Pasir Tumboh Lama, Kampung Kala, Kampung Jeram Tekoh, Kampung Dalam Lah, Kampung Kuala Betis, Kampung Kuala Sungai, Kampung Bertam Lama, Kampung Bertam Baru dan Kampung Pasir Tumbuh Baru.

Sementara itu, kampung-kampung berhampiran Sungai Kelantan di daerah Machang yang dijangka dilanda banjir pula termasuk Kampung Pasir Senor, Kampung Kerilla, Kampung Kuala Hau, Kampung Temangan Lama, Temangan, Kampung Pauh, Kampung Telok Choh, Kampung Belukar Panjang, Kampung Bukit Besi, dan Kampung Pertok.

JPS turut memaklumkan banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat daripada tempoh yang dijangkakan.

Amaran tersebut dikeluarkan bagi membolehkan penduduk, terutamanya yang berada di kawasan berisiko banjir, mengambil langkah berjaga-jaga serta mematuhi arahan pihak berkuasa dan agensi pengurusan bencana.

Sumber: BERNAMA

BACA: Taska Wajib Pamer Nombor Pendaftaran Di Premis Tahun Depan – Nancy

BACA: Kerajaan Fokus 91,000 Hektar Tanah Terbiar Untuk Tanaman Padi

BACA: Imaginur Dinobat Filem Terbaik Di Festival Filem Malaysia Ke-33