Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Penyanyi Veteren Aspalela Abdulah Meninggal
Gambar: Astro AWANI

Penyanyi Veteran Aspalela Abdullah Meninggal Dunia

Iqbal Yasir

Penyanyi Veteran Aspalela Abdullah Meninggal Dunia

Penyanyi veteran, Aspalela Abdullah menghembuskan nafas terakhir pada usia 79 tahun di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sekitar pukul 10 pagi tadi, lapor Astro AWANI.

Menurut cucu Allahyarham Puteri Wan Nur Izzati Azhari, neneknya jatuh di dalam bilik air ketika ingin menunaikan solat Subuh di kediamannya di Taman Melati, ibu negara.

“Mungkin nenek terjatuh ketika mahu membersihkan diri untuk menunaikan solat Subuh.

“Sebaik melihat keadaan nenek, kami segera menghubungi ambulans dan membawanya ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan.

“Namun, doktor memaklumkan nenek meninggal dunia sekitar pukul 10 pagi tadi,” ujarnya sewaktu dihubungi.

Berdasarkan rekod kesihatan, Allahyarham tidak mengalami masalah kesihatan yang serius sebaliknya, beliau mempunyai masalah darah tinggi dan kolestrol yang terkawal.

Jenazah bakal dibawa ke Masjid Salahuddin al-Ayubi, Taman Melati untuk disembahyangkan sebelum dijangka dikebumikan selepas solat Asar.

Untuk makluman, Allahyarham merupakan penyanyi lagu-lagu Melayu asli yang sangat disegani ramai dan pernah menjuarai Bintang Radio 1968.

Allahyarham pernah menerbitkan lima buah album sepanjang bergelar penyanyi.

Sumber: Astro AWANI

BACA: Taska Wajib Pamer Nombor Pendaftaran Di Premis Tahun Depan – Nancy

BACA: Kerajaan Fokus 91,000 Hektar Tanah Terbiar Untuk Tanaman Padi

BACA: Imaginur Dinobat Filem Terbaik Di Festival Filem Malaysia Ke-33