“Makanan level ‘ S-Tier’..” Mat Saleh Dedah 6 Benda Ini Buatkan Malaysia Cukup Istimewa
Jika mereka yang gemar dengan makanan, Malaysia adalah negara yang tempat sebagai destinasi pelancongan.
Bukan sahaja terkenal dengan rakyat yang berbilang kaum, negara ini juga digelar syurga makanan untuk food hunters di luar sana.
Tahu tak? Malaysia berada di kedudukan kelima bagi destinasi ‘syurga’ makanan terbaik di Asia.
Menerusi tinjauan Agoda yang telah dijalankan, sebanyak 49 peratus pelancong ke Malaysia menyatakan faktor utama mereka ke negara ini adalah disebabkan makanannya.
Perkara ini jelas mencerminkan warisan budaya masyarakat majmuk setempat menerusi keunikan cita rasa pelbagai masakan Malaysia.
Antara makanan yang popular dan wajib dicuba termasuklah Nasi Lemak dengan pelbagai jenis lauk yang berbeza.
Jadi, tidak hairan mengapa ramai pelancong dari luar menjadikan negara ini sebagai destinasi pilihan mereka. Bahkan ada yang sudah beberapa kali datang ke Malaysia.

Baru-baru ini seorang pempengaruh mat salleh @AJA_Cortes di laman X (Twitter) menyenaraikan enam perkara yang unik tentang Malaysia berbanding negara lain berdasarkan pemerhatiannya.
Ini senarai keunikan yang terdapat di Malaysia
“Secara keseluruhan, rakyat Malaysia boleh bercakap dalam bahasa Inggeris dengan baik, malah jauh lebih baik berbanding negara lain.
“Peniaga tempatan juga tidak mengenakan bayaran tambahan terhadap pelancong. Anda akan bayar harga sama dengan rakyat tempatan.
“Kawasan di sini jauh lebih selamat, masyarakatnya boleh dipercayai dan semuanya hidup dengan harmoni.
“Mereka mengamalkan budaya kekeluargaan, kanak-kanak di mana-mana termasuk taman-taman.
“Dari segi makanan, adalah terbaik, setaraf dengan bandar New York.
“Penjagaan kesihatan di sini juga murah dan mudah untuk didapati. Manakala doktor dan perawat boleh bercakap dalam bahasa Inggeris dengan baik,” katanya di laman X.
https://x.com/AJA_Cortes/status/1865651079381491809?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1865651079381491809%7Ctwgr%5E250ffe2577b8752a1b8b7d35b9253de3bb08f71c%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fthevocket.com%2Flebih-selamat-makanan-sedap-ini-pandangan-mat-saleh-mengenai-malaysia%2F
Untuk makluman, hantaran ini mendapat lebih 2.7 juta tontonan dalam tempoh sehari dengan lebih 300 komen daripada pengguna.
Sumber: X (Twitter) @AJA_Cortes