Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ini 5 Tip Mudah Nak Halau Lipas Dalam Kereta

Athirah
Halau lipas dari kereta
Kredit: Altimat Auto Garage via TikTok

Ini 5 Tip Mudah Nak Halau Lipas Dalam Kereta

Lipas memang terkenal sebagai serangga perosak yang suka menghuni tempat gelap dan kotor.

Dengan tabiatnya yang suka memakan sisa makanan, tak hairanlah ia jadi musuh nombor satu bagi ramai orang.

Macam yang semua tahu, lipas bukan sahaja tinggal dalam rumah, malah mereka juga boleh menjadikan kereta sebagai “rumah kedua”.

Lagi-lagi kalau anda jenis yang suka makan dan minum dalam kereta. Bayangkan, tengah seronok memandu tiba-tiba nampak lipas melintas di dashboard. Geli, kan?

Kalau dibiarkan, ‘keluarga lipas’ boleh membiak dan kereta pun jadi kotor serta berbau.

Jangan risau, SK hari ini akan kongsikan 5 tip mudah yang anda boleh cuba untuk pastikan kereta kekal bersih dan bebas lipas.

1. Gunakan serai atau air serai wangi

Serai bukan sahaja berguna dalam masakan, tapi juga boleh jadi senjata ampuh untuk halau lipas.

Anda hanya perlu letakkan beberapa batang serai dalam kereta atau semburkan air serai wangi di kawasan yang ada lipas.

Lipas tak suka bau yang harum atau menyengat, jadi bau serai wangi ini cukup untuk membuatkan mereka lari lintang-pukang.

2. Letak sabun buku di kereta

Sabun mandi berbentuk buku juga boleh digunakan. Caranya mudah, letakkan sabun di kawasan ‘kegemaran’ lipas seperti bawah tempat duduk, bonet atau tempat letak kaki.

Bau wangi sabun yang tahan lama akan menghalang lipas daripada datang menghampiri kereta anda.

3. Sembur jus lemon

Perah jus lemon ke dalam botol spray dan semburkan di tempat yang anda syak jadi tempat persembunyian lipas.

Selain menghalau lipas, kereta anda juga akan berbau segar macam baru. Dua dalam satu, kan?

4. Gunakan rempah empat sekawan

Rempah empat sekawan bukan sekadar untuk menambah aroma dalam masakan.

Anda boleh masukkan buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis dalam plastik kecil, kemudian letakkan di beberapa sudut kereta.

Bau rempah ini cukup untuk membuatkan lipas tidak betah tinggal di situ.

5. Cuci kereta secara berkala

Ini langkah paling penting. Kalau anda jenis yang suka makan dalam kereta, pastikan kenderaan sentiasa bersih.

Sisa makanan adalah punca utama lipas datang bertandang.

Tak semestinya perlu ke pusat cuci kereta setiap minggu. Cuci sendiri di rumah pun sudah memadai asalkan tiada kekotoran tertinggal.

Dengan lima langkah mudah ini, anda bukan sahaja dapat halau lipas tetapi juga pastikan kereta kekal bersih, wangi dan selesa.

Jadi, lepas ini, tak perlu lagi risau nak memandu dengan “tetamu tak diundang” dalam kereta.

Semoga bermanfaat.

BACA: Rupanya Ini Sebab Kebanyakan Bas Sekolah Tiada Tali Pinggang Keledar

BACA: Ini Sebab Penumpang Perlu Aktifkan “Airplane Mode” Dalam Pesawat

BACA: Manchester United Ganti Bonus Kakitangan

Sumber: @Altimat Auto Garage via TikTok