Lelaki Pakai Mesin Rumput “Custom” Untuk Sental Lantai Kotor
Bila musim banjir tiba, rakyat Malaysia sudah ‘lali’ dengan cabaran besar yang menanti.
Dari rumah yang ditenggelami air hingga barang-barang yang musnah, kesannya bukan kecil.
Bila air banjir sudah surut pula, kerja-kerja pembersihan tak boleh ditangguh-tangguhkan.
Kalau dibiarkan, rumah bukan saja jadi kotor dan berbau, tapi boleh mengundang penyakit yang membahayakan kesihatan.
Namun, bukan mudah nak sental lantai yang sudah bersalut lumpur, apatah lagi bila kudrat dah banyak habis sebab angkut barang rosak keluar dari rumah.
Lelaki ini kongsi cara seronok, mudah nak sental lantai penuh kotoran
Menyedari kerja menyental lantai penuh kotoran itu sangat memenatkan, ada yang tampil dengan idea ‘luar biasa’ untuk jadikan aktiviti ni lebih seronok.
Baru-baru ni, pengguna TikTok @dyhur1bpuo7u telah berkongsi satu solusi menarik untuk meringankan kerja pembersihan lantai selepas banjir.
Lelaki itu mengubah suai mesin pemotong rumput tanpa wayar (cordless) dengan menggantikan mata pisau mesin tersebut kepada dua berus lantai.
Dalam video berdurasi 1 minit 13 saat itu, lelaki itu menunjukkan bagaimana mesin yang diubah suai ini bekerja.
Hanya dengan gerakan mekanikal mesin, kerja menyental lantai jadi jauh lebih mudah. Tak perlu gunakan banyak tenaga kerana mesin itu akan “sental” lumpur secara automatik.
@dyhur1bpuo7u
Menjengah ke ruangan komen, video yang kini meraih lebih 1.2 juta tontonan itu menarik pelbagai reaksi daripada warga maya.
Rata-rata netizen terhibur dengan kreativiti lelaki ini, sambil tak kurang juga yang kagum dan ingin mencuba teknik tersebut di rumah.
Namun, ada juga yang memberi amaran supaya berhati-hati.
Berus lantai yang dipasang pada mesin perlu dipastikan kukuh, kerana risau kalau-kalau ia tercabut dan mencederakan sesiapa di sekeliling.
BACA: Ini 10 Carian Google Paling Tinggi Rakyat Malaysia Buat Pada 2024
BACA: Rupanya Ini Sebab Kebanyakan Bas Sekolah Tiada Tali Pinggang Keledar
BACA: Ini Sebab Penumpang Perlu Aktifkan “Airplane Mode” Dalam Pesawat
Sumber: @dyhur1bpuo7u via TikTok