Utama

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Cara Semak & Daftar Nombor Pengenalan Cukai (TIN)
Cukai adalah tanggungjawab kewangan yang penting bagi individu dan perniagaan, sama ada tempatan atau asing.
Di Malaysia, Nombor Pengenalan Cukai (TIN) diperlukan untuk memastikan pematuhan undang-undang cukai, penyediaan e-invois, dan kelancaran operasi perniagaan berjalan lancar.
Nombor Pengenalan Cukai atau Tax Identification Number (TIN) adalah nombor identifikasi unik yang diberikan kepada individu yang wajib membayar cukai pendapatan.
Nombor Pengenalan Cukai atau TIN adalah nombor cukai pendapatan yang digunakan sebagai rekod individu dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL). TIN terdiri daripada 12 digit, iaitu gabungan Kod TIN dan satu set nombor.
Berikut kami akan kongsikan apa yang anda perlu tahu berkenaan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) seperti kategori yang memerlukan TIN, cara memohon TIN, cara semak dan juga cara daftar TIN.
Kategori yang memerlukan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) ialah:
Individu yang diambil bekerja dan membuat Potongan Cukai Bulanan.
Pembayar cukai yang ditaksir dan dikenakan cukai.
Pembayar cukai yang dikehendaki memberikan penyata.
Syarikat, perniagaan, amanah, atau mana-mana entiti lain yang menjalankan perniagaan di Malaysia.
Ini merangkumi individu dan entiti seperti syarikat, badan, perkongsian liabiliti terhad, dan sebagainya.
Apa Itu Nombor Pengenalan Cukai (TIN) : Semakan dan Pendaftaran
BACA : Cara Mohon Pas My50 MyRapid, Bayar RM50 Guna 30 Hari
Permohonan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) boleh dibuat melalui beberapa kaedah berikut:
Pendaftaran automatik bagi individu melalui potongan cukai bulanan (PCB).
Pendaftaran automatik bagi syarikat baharu yang diperbadankan (tempatan atau asing) melalui pendaftaran dalam talian dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menerusi Portal MyCoID.
Permohonan dalam talian melalui platform e-Daftar.
Pendaftaran manual di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASIL) yang berhampiran.
Mana-mana individu atau entiti yang telah diberikan nombor cukai pendapatan sebelum atau pada 1 Januari 2022 dianggap memiliki TIN.
Pendaftaran dalam talian di menu e-Daftar.
Pendaftaran manual dengan mengemukakan borang pendaftaran di cawangan HASiL yang berhampiran.
Cara Menyemak Nombor TIN:
Semak muka depan penyata cukai pendapatan individu yang dikeluarkan.
Akses Portal MyTax, pilih menu “e-Daftar” dan masukkan butiran syarikat seperti nombor perbadanan atau nombor pendaftaran perniagaan untuk mencari nombor syarikat.
Gunakan Nombor Kad Pengenalan (NRIC) yang berfungsi sebagai pengesahan setara pada halaman kedua Pasport Malaysia.
Hubungi HASiL Live Chat atau HASiL Care Line di talian +603-8911 1000 / +603-8911 1100 untuk pemanggil luar negara.
Isi Borang Maklum Balas Pelanggan melalui Portal Rasmi HASiL.
Kunjungi Pejabat HASiL terdekat untuk semakan secara fizikal.
Kerajaan Malaysia memperkenalkan perubahan seperti e-Invois dan TIN untuk mengelakkan ketirisan hasil cukai, meningkatkan kepatuhan cukai, dan menggerakkan pendigitalan dalam pengurusan cukai.
Memperoleh TIN di Malaysia adalah sangat mudah, disarankan, dan membantu mengelakkan sebarang risiko atau akibat yang tidak diingini sambil memastikan kelancaran urusan berkaitan cukai.
Semoga bermanfaat.
BACA : Ini 9 Senarai Pelepasan Cukai Individu Dalam Belanjawan 2025