Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Amaran Hujan Berterusan ‘Tahap Buruk’ Di Tiga Negeri

Iqbal Yasir
amaran hujan tahap buruk negeri
Gambar: Bernama

Amaran Hujan Berterusan ‘Tahap Buruk’ Di Tiga Negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan pada tahap buruk melibatkan tiga negeri hingga 30 Disember, Isnin ini.

Dalam kenyataan tersebut, negeri yang diramal hujan berterusan adalah Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Difahamkan, keseluruhan kawasan di Terengganu bakal dilanda cuaca buruk berkenaan.

“Di Kelantan, beberapa daerah di negeri itu diramal mengalami cuaca buruk seperti Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

“Manakala di Pahang, hanya melibatkan daerah Kuantan,” maklum METMalaysia.

Dalam yang sama METMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan pada tahap waspada melibatkan empat negeri iaitu Kelantan, Pahang, Johor dan Sabah.

“Di Kelantan, melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Gua Musang.

“Manakala di Pahang pula Jerantut, Maran, Pekan dan Rompin, sementara daerah Mersing di Johor.

“Beberapa kawasan di Sabah turut diramal hujan berterusan termasuklah Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” kata METMalaysia lagi.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: Putin Hubungi Aliyev Berhubung Nahas Pesawat Azerbaijan Di Kazakhstan, Mohon Maaf

BACA: Mangsa Terselamat Kongsi Detik-Detik Sebelum Pesawat Terhempas

BACA: “Saya orang Inggeris, bukan Malaysia” – Josh Brownhill