Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Masalah Teknikal Mungkin Punca Nahas Pesawat Di Muan: Pihak Berkuasa

Iqbal Yasir
Punca Nahas Pesawat Di Muan
Gambar: Bernama

Masalah Teknikal Mungkin Punca Nahas Pesawat Di Muan: Pihak Berkuasa

MUAN (Korea Selatan), 29 Dis (Bernama) — Kerosakan pada fungsi gear pendaratan dipercayai menjadi punca pesawat Jeju Air terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan pada Ahad ketika cuba melakukan pendaratan cemas selepas percubaan pendaratan pertama gagal, lapor Agensi Berita Yonhap memetik kenyataan pihak berkuasa.

Pesawat yang membawa 181 orang dari Bangkok, cuba mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan pada 9.07 pagi sebelum ia tergelincir dari landasan dan melanggar pagar, mengakibatkan sekurang-kurangnya 62 maut dan mencederakan yang lain.

Pihak berkuasa lapangan terbang memaklumkan bahawa pesawat itu cuba melakukan pendaratan cemas kerana masalah pada gear pendaratan selepas percubaan pertamanya gagal.

Namun, pesawat malang itu dilaporkan gagal mengurangkan kelajuannya sehingga di hujung landasan dan melanggar struktur di bahagian luar lapangan terbang, menurut pihak berkuasa.

Nahas itu menyebabkan kerosakan teruk pada pesawat, sehingga mencetuskan kebakaran.

Saksi mendakwa terdapat tanda-tanda bahawa gear pendaratan pesawat seperti tayar tidak diaktifkan, yang mungkin mendorong percubaan pendaratan cemas, dengan perlanggaran burung dipercayai menjadi punca kerosakan.

Sumber: BERNAMA-YONHAP

BACA: Putin Hubungi Aliyev Berhubung Nahas Pesawat Azerbaijan Di Kazakhstan, Mohon Maaf

BACA: Mangsa Terselamat Kongsi Detik-Detik Sebelum Pesawat Terhempas