Siakap Keli
Adam Corrie Islam
Gambar: Adam Corrie via Facebook

Kena ‘Banned’, Adam Corrie Kongsi Cabaran Selepas Peluk Islam

Kena ‘Banned’, Adam Corrie Kongsi Cabaran Selepas Peluk Islam

Pelakon terkenal Adam Corrie berkongsi pengalaman getirnya selepas memeluk Islam apabila tidak menerima sebarang tawaran bekerja selama tiga tahun.

Walaupun diuji dengan ketiadaan pekerjaan, Adam tetap melihat situasi itu sebagai sebuah perjalanan hidup yang ‘seronok’.

Dalam perkongsian di TikTok, Adam menyifatkan ujian tersebut sebagai anugerah daripada Allah yang memberinya peluang untuk mendalami ilmu agama.

Menurut Adam, selepas beliau mengumumkan keputusannya memeluk Islam, peluang kerjanya di industri seni terhenti seketika.

Malah, beliau turut mendakwa dirinya kena ‘banned’ di salah satu stesen televisyen tempatan.

“Selepas saya umumkan saya masuk Islam, ujian pertama yang saya dapat adalah tak ada pekerjaan. Tiga tahun saya tak ada pekerjaan.

“Tetapi Allah bagi satu jalan yang saya rasa sangat seronok, saya rasa berbaloi kena ‘banned’ dekat satu stesen TV,” katanya.

Masa terluang di majlis ilmu

Biarpun tidak mempunyai pekerjaan, Adam memanfaatkan masa dengan menghadiri majlis ilmu.

Dengan dorongan isteri tercinta, beliau menyertai sesi pengajian bersama pendakwah bebas terkenal, Habib Ali Zainal Abidin.

“Isteri saya ajak saya pergi majlis ilmu, alang-alang sudah tiada pekerjaan.

“Majlis itu adalah majlis bersama Habib Ali Zainal Abidin dan saya pergi tiga tahun tanpa henti,” katanya.

Kongsi kenangan bersama Habib Ali

Adam turut berkongsi momen manis sepanjang menghadiri majlis ilmu tersebut.

Salah satu kenangan yang paling terkesan di hatinya ialah apabila Habib Ali menyebut namanya di khalayak ramai.

“Banyak program TV yang dia pergi tetapi dia tak pernah sebut nama anak murid dia tetapi saya adalah orang pertama yang dia sebut, ‘Adam saf depan’.

“Sebab apa? Majlis mula pukul 9 tetapi saya pukul 6 sudah ada di barisan hadapan. Lepas solat Asar sehinggalah selesai program,” katanya lagi.

Selain itu, beliau menceritakan detik istimewa apabila Habib Ali secara peribadi mempelawanya untuk menikmati hidangan bersama selepas majlis tersebut.

“Hari itu juga merupakan hari bertuah saya. Habis program Habib Ali pegang tangan saya dan bawa saya pergi minum,” ujarnya.

BACA: Pempengaruh, Nazirul Hakim Meninggal Dunia

BACA: Tiket Konsert GENKRU Hari Kedua ‘Licin’ Dalam 45 Minit

BACA: Bekas Ahli Kumpulan Raihan, Nordin Jaafar Meninggal Dunia

Sumber: Astro Gempak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.