Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
ChatGPT
Kredit: TikTok @yazidtowil

Pemuda ‘VC’ Dengan ChatGPT, Minta Tolong Masak Mi Segera

Siti Nur Ain Natasya

Pemuda ‘VC’ Dengan ChatGPT, Minta Tolong Masak Mi Segera

Kecerdasan Buatan atau lebih dikenali sebagai Artificial Intelligence (AI) bukan lagi sesuatu yang asing dalam kalangan masyarakat.

Teknologi ini telah berkembang pesat hingga ia kini menjadi sebahagian daripada kehidupan harian.

Kehebatannya semakin terserlah apabila ciri-ciri AI mula disematkan dalam telefon pintar seperti Siri pada iPhone.

Namun, ia benar-benar melonjak popularitinya dengan kemunculan sistem AI generatif.

Sistem ini mampu menjawab pelbagai soalan dengan ketepatan tinggi, menjadikannya alat yang amat berguna.

Tidak dinafikan, salah satu sistem AI generatif yang paling terkenal ialah ChatGPT. Ia telah menjadi pilihan ramai pengguna kerana fungsinya yang pelbagai.

Umum diketahui, AI memiliki pelbagai kegunaan lain, di mana antaranya adalah:

  • Memahami pelbagai struktur bahasa, termasuk bahasa yang kompleks dan tidak baku.

  • Membantu menghasilkan karangan atau artikel panjang.

  • Menghasilkan gambar dan mengubahsuai imej.

Lebih menarik, ChatGPT kini membolehkan pengguna melakukan panggilan video atau video call (VC) dengan “AI”.

Bayangkan, anda boleh berbual dengan AI seperti berbual dengan rakan sendiri.

“Tak pelik lah Plankton (watak dalam animasi Spongebob) nikah dengan komputer (Karen)”

Baru-baru ini, seorang pemuda mencuri perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman menggunakan ChatGPT untuk memasak mi segera.

Dalam video tersebut, pemuda itu menggunakan ciri VC dan meminta bantuan ChatGPT secara langsung.

“Sekarang ini, saya nak awak bantu saya masak maggi,” katanya dengan kamera belakang dihalakan ke periuk dapur.

Saling tak tumpah persis makhluk hidup, mereka mula saling berbual.

Menariknya, ChatGPT mula memberi arahan seperti ‘chef profesional’.

Soalan yang ditanyakan oleh pemuda itu hanya soalan biasa, dengan bahasa pasar yang biasa masyarakat kita gunakan dalam perbualan harian.

Lebih mencuit hati, apabila pemuda itu berkata tangannya berminyak, ChatGPT dengan santai memberi cadangan, “Takpe, boleh basuh tangan sekejap”.

Nada santai dan gaya percakapan yang menyerupai manusia menjadikan pengalaman itu jadi lebih menyeronokkan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meninggalkan reaksi pelbagai dengan perkongsian tersebut.

“Boleh video call waktu belajar, takde la sunyi sangat…”

“Sesuai untuk yang single, tak perlu susah-susah cari orang untuk borak,”

Di sisi lain, ada juga yang sedikit gusar dengan keupayaan AI yang semakin menyerupai manusia.

“Menakutkan juga teknologi sekarang, betul-betul rasa macam tengah video call dengan orang,”

Suka atau tidak, kita perlu berdepan realiti bahawa AI kini ‘mendampingi’ manusia

Realitinya, penting untuk difahami bahawa AI bukanlah pengganti manusia.

Ia tidak memiliki emosi, nilai atau keupayaan untuk membuat keputusan moral seperti manusia.

Sebaliknya, AI hadir sebagai pembantu yang direka untuk memudahkan urusan kita.

Dalam erti kata lain, AI adalah ‘teman’ teknologi yang membantu kita bekerja dengan lebih cekap dan bijak.

Persoalannya, sejauhmanakah kita bersedia menerima kehadiran teknologi yang semakin ‘hidup’ ini?

Tepuk dada, tanya selera – jawapannya terletak pada cara kita mengendalikan masa depan bersama AI.

BACA: Orang Awam Kongsi Keadaan Terkini Banjir Di Kelantan

BACA: Korea Selatan Berjaya Perolehi Kotak Hitam Dari Pesawat Terhempas

BACA: Penyakit Gusi Tingkatkan Risiko Masalah Jantung

Sumber: Yazid Towil via TikTok