Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Amaran Hujan Berterusan Di 3 Negeri – METMalaysia

Hannah
Amaran Hujan Berterusan
Sumber: METMalaysia

Amaran Hujan Berterusan Di 3 Negeri – METMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang diramal berlaku di tujuh negeri.

Menurut METMalaysia, negeri yang terlibat termasuklah negeri Johor, Sarawak dan Sabah.

“Di Johor, hujan berterusan dijangka berlaku bermula 17 hingga 19 Januari ini, melibatkan daerah Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Di Sarawak pula, hujan berterusan dijangka berlaku bermula 16 hingga 18 Januari ini. Ini melibatkan daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu.

“Manakala di Sabah, hujan berterusan dijangka berlaku bermula 16 hingga 17 Januari ini. Ini membabitkan daerah Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” maklum METMalaysia.

Justeru, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

BACA: Bas Persiaran Bawa 24 Penumpang Dilapor Kemalangan

BACA: Tuanku Muhriz Mahu Tindakan Tegas Terhadap Pihak Menyimpang Daripada Islam

BACA: Mat Saleh Kongsi Sebab Pilih Malaysia Sebagai “Tempat Bersara”

Sumber: METMalaysia