Siakap Keli
Puting Beliung Api
Kredit: CNN, ABC7LA

Detik Mengerikan “Puting Beliung Api” Di LA

Detik Mengerikan “Puting Beliung Api” Di LA

Kebakaran dahsyat di Los Angeles (LA) yang bermula di kawasan Palisades telah menyebabkan kerosakan teruk dan situasi yang amat mencemaskan.

Jumaat lalu, LA berhadapan dengan sekurang-kurangnya enam kebakaran besar serentak.

Salah satu kejadian ngeri yang dirakam adalah puting beliung api, atau dikenali sebagai “Firenado”, yang berlaku di kawasan Gunung Santa Monica.

Fenomena ini tercetus apabila suhu panas melampau semasa kebakaran menghasilkan pusaran angin yang membawa gabungan api, asap dan habuk.

@abc7la

FireTornado: Aerial images captured the moment flames from the #PalisadesFire formed what looked like a “fire tornado.” According to the National Weather Service, this can be fueled by intense heat and high winds. Watch live fire coverage on ABC7.

♬ original sound – ABC7LA

Lebih membimbangkan, angin kencang dijangka bakal melanda LA minggu ini, dengan kelajuan sehingga 80 kilometer sejam (km/j) dan tiupan angin dari kawasan pergunungan mencapai 113 km/j.

Susulan itu, Perkhidmatan Cuaca Negara telah mengeluarkan amaran bendera merah, menunjukkan keadaan bahaya yang dijangka berlanjutan sehingga Rabu.

Ahli meteorologi turut menyatakan bahawa hari Selasa akan menjadi ‘hari paling kritikal’ dalam usaha memadamkan kebakaran di Palisades.

Bencana terburuk dalam sejarah AS

Setakat ini, usaha memadamkan kebakaran Palisades masih belum berjaya, dengan insiden ini telah meragut 24 nyawa dan memusnahkan ribuan rumah.

Gabenor California, Gavin Newsom, menyatakan bahawa kebakaran ini berpotensi menjadi bencana alam paling teruk dalam sejarah Amerika Syarikat (AS).

https://x.com/MarioNawfal/status/1878362594051776608?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1878362594051776608%7Ctwgr%5Ee912b51fd47f92d3ecdf1595a2720b92971b9f82%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Ftimesofindia.indiatimes.com%2Fworld%2Fus%2Fsevere-winds-return-los-angeles-wildfire-death-toll-climbs-to-24-fire-tornado-spotted%2Farticleshow%2F117185667.cms

Sehingga kini, kebakaran ini telah memusnahkan lebih daripada 12,000 bangunan dan menyebabkan kira-kira 150,000 penduduk terpaksa berpindah ke kawasan selamat.

Kerugian ekonomi pula dianggarkan mencecah USD 150 bilion.

Keadaan kritikal di LA

Ketua Bomba Daerah Los Angeles, Anthony C. Marrone, mengesahkan bahawa 70 lori air tambahan telah dihantar untuk membantu usaha pemadaman.

Walau bagaimanapun, keadaan kering di LA akibat kemarau selama lapan bulan yang lalu telah menyukarkan kawalan kebakaran.

Penduduk tempatan dinasihati untuk tidak kembali ke kawasan kediaman walaupun api telah dipadamkan, sehingga notis rasmi diberikan.

“Tiada bekalan elektrik, tiada air, saluran gas terputus, dan struktur bangunan tidak stabil,” ujar Ketua Bomba, Kristin Crowley.

Sehingga kini, punca sebenar kebakaran ini masih dalam siasatan.

Dalam pada itu, media melaporkan pihak berkuasa menjangkakan penduduk hanya boleh kembali ke kawasan yang terjejas selewat-lewatnya Khamis depan.

BACA: Ini Sebab Kenapa Air Laut Tidak Digunakan Untuk Padam Kebakaran

BACA: Ini Sebab Kebakaran Hutan Boleh Merebak Pantas, Sukar Dikawal

BACA: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kebakaran Dahsyat Di LA

Sumber: Times of India

Siti Nur Ain Natasya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.